As Salam...
Nie kisah ari ahad..permintaan babah MUIZ..
Lama tak mkn kek katanya.. pastu ibu kata nak kek..
Gi la beli butter..bahan lain semua ada..
Dgr ibu ckp mcm tu..laju jer babah MUIZ gi kedai beli butter..
Balik dr kedai ibu tanya babah nak kek apa..???
Kek butter jer..
OK..done..
hehehehe..
Tgh ibu mengadun2..baru ibu tau esen vanila plk kehabisan..
Sebenarnya resepi asal..Vanilla butter cake..
Oleh sebab sudah kehabisan itu vanilla..
Ibu mengambil altanatif lain..
meletakkan perisa strawberry dlm adunan kek..
Bijak tak ibu...???
hehehehe...
lepas tu..ibu paip kan jem strawberry...
dan mula lah proses membakar..
Daif dah oven ibu..maklumlah dah dekat 8 tahun...
tp masih tip top..
Inilah rupa kek Butter strawbery air tangan ibu...
Gambar lepas masak..ibu tak ambik..
kalut potong kek sebab babah ada hal plk ptg tu..urusan negara...hehehehe..
Takut kempunan katanya..
Ibu pon potong la ketika kek masih panas..
Berpotong2 kek masuk dlm mulut babah..
dah feberet dia..
Nie ibu share kan resepi..
Vanilla Butter Cake
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
230gm butter (salted) - lembutkan
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B)
50gm + 150gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri - ayak
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract * ibu tukar pada strawberry extract
Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling loyang.
Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.
Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika.
Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.
Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.
Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.
Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak.
No comments:
Post a Comment