Teman-teman Setia

30 April 2013

Pizza Sempoi

As Salam...

Dah bekfes..??
Ibu Alhamdulillah..sempat berbekal ari ni..
bekfes Nasi Goreng home made..
Minum plk Milo Ais..
Mmg kenyang sgt2 la..

Ari tu belek2 blog Cik Mat..
Terjumpa dgn resepi Pizza nie.. tgk mcm senang jer..
Harus di cuba..

So..Nie la dinner KAMI mlm td..
Pizza yg sgt2 sempoi..tp sedap..
Kuar oven terus mkan..berebut2 KAMI 3 beranak..
KAMI semua mmg peminat pizza..



Nie rupa Pizza sebelum di bakar



lepas kuar oven..
Tak sempan nak potong..terus kena terkam..
Sgt marveles..
hihihi.

So..nie ibu share resepi Pizza sempoi nie..
Resepi asal Dr Cik MAt Gebu..tp ibu ada buat sedikit olahan..



PIZZA SEMPOI

BAHAN-BAHANNYA :

2 keping roti pita
2 batang sosej ayamas * Ibu tambah Crab Stick
1 biji tomato
4 camca besar penuh sos tomato * Ibu guna sos prego
2 camca besar sos cili
Beberapa biji bawang jeruk (optional) *ibu ganti dgn Cili benggala
Parutan keju mozarella secukupnya  *ibu tambah dgn Cheddar Cheese
Sedikit hirisan herba basil segar (optional) * Ibu guna Oregano
Sos kegemaran anda untuk dimakan bersama pizza

CARA MEMBUATNYA :

1. Celur sosej, kemudian hiris sederhana tebal. Tomato dibuang biji, kemudian didadu kecil bahagikan kepada 2 bahagian (sebab nak buat 2 keping pizza orang malas). Ketepikan.

2. Panaskan oven pada suhu 180C, ambil sekeping roti pita, sudukan 2 camca besar sos tomato dan 1 camca besar sos cili, ratakan. Tabur 1/2 bahagian hirisan sosej, 1/2 bahagian tomato yang didadu, sedikit bawang jeruk yang dibelah. Tabur keju mozarella rata2. Buat kaedah sama untuk baki bahan2.

3. Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga keju mencair dan menjadi sedikit keperangan. Keluarkan dari oven dan tebur hirisan herba basil segar, hidangkan panas bersama sos kegemaran anda. Sedap dimakan suam..






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails