Teman-teman Setia

25 January 2011

Agar-agar sirap laici


Yg nie pulak entry khas tuk madam wong..
Agar2 nie..ibu pernah bawak masa ada jamuan kat dept. ibu..
lama dah..dlm 2 tahun yg lalu..
so..smlm Madam Wong mintak kat ibu resepi..

ibu pon lama dah tak buat..
last ibu buat masa majlis bacaan yaasin
sempena ibu nak bersalin 2 tahun lepas..
MUIZ pon dah nak umur 2 tahun..
Acuan pon ibu tertinggal umah nenek MUIZ..
nnt bila ibu teringat...nak bwk balik la acuan ibu..
so..tuk Mdm Wong..selamat mencuba




AGAR-AGAR SIRAP LONGAN [sumber kak rinchan]

Bahan-bahan:
20gm agar-agar kering (Jelly strip)
1 tin longan
*
4~5 cawan air
2 sudu besar gula pasir (Adjust manis ikut selera)
4 sudu besar sirap merah (Rinn guna syrup F&N) + 2 sudu susu

Cara-cara:
1. Didihkan air dan masukkan agar-agar. Kacau sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula pasir dan kacau lagi sehingga gula larut.
3. Keluarkan sebahagian agar-agar cair dan asingkan ke dalam mangkuk
dan campurkan dengan 1/2 tin air longan dari tin.
4. Sementara itu, susun 3 biji buah longan ke dasar setiap acuan agar-agar.
Curahkan bancuhan agar-agar dan air longan tadi setakat menenggelamkan
buah2 longan. Biarkan separuh keras.(Jgn sampai terlalu keras kerana ini
akan mebuatkan ia tidak melekat dengan agar-agar sirap merah nanti)
5. Campurkan sirap merah ke dalam lebihan bancuhan agar-agar asal tadi.
Kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan berisi buah longan dan agar2 putih
berperisa longan tadi.
6. Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.

Nota :
1. Jika tiada acuan-acuan kecil, boleh gunakan acuan besar. Cuma susunkan saja
buah-buah longan di dasar bekas. Tuangkan agar-agar putih berperisa longan. Biarkan
separuh keras..baru tuangkan agar-agar sirap merah.
2. Lebih elok ditapis larutan agar-agar ini sebelum dituang ke dlm acuan.
3. Boleh juga menggunkan serbuk agar-agar sebagai ganti jelly strip.

* fieza ganti Longan dengan Laici..
pastu tambah selasih yg telah diremdam dgn air panas..

1 comment:

fieda said...

alamak..nmpk cantik la agar2 ni..