Teman-teman Setia

30 September 2014

Kek Oren @ Sunquick Simple


As Salam

Ari tu nampak adik ada buat kek..pastu wass up kat group family..
Bila babah nampak..terus sengih2 kat ibu..nak jgk kek..
lelagi adik buat kek oren...lagi la babah jd tak senang duduk..
Sbb babah, mmg peminat kek oren no 1..

Ibu buat kek oren paling simple..
Klu malas pki mixer..pakai belnder pon boleh...
Kalau taknak bakar...kukus pon boleh
Comfirm jadi punya...kalau ak jadi..bkn salah ibu tau..
hahahaha..



Ni time bakar..
Sila abaikan oven ibu yg dah berusia hampir 10 tahun itu..
Byk jasanya oven ibu ni tau..
Punca rezeki pendapatan ibu..
Alhamdulillah...



Ni gambar lepas siap masak..
Lepas kuar oven..tak sempat kek ibu nak possing..
Yg lepas potong ni je pon yg sempat possing..
Yg lelain..selamat dah masuk dlm perut..
hihihihihi..

Ni ibu share resepi kek oren simple ibu..
Kena try..baru tau..
hihihihii


Resepi Kek Oren @ Sunquick

Bahan-bahan

- 3 biji telur* 
- 1 cawan gula*
- 1/2 cawan sunquick oren *
- 1 cawan marjerin dicairkan (boleh ganti dgn minyak masak)*
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar baking powder



Cara-caranya

- bahan yg bertanda * di mixer / di blend sampai kembang @ gula hancur
- campurkan tepung + baking soda yg telah di ayak
- gaul guna sudip kayu sahaja sehingga sebati
- masukkan dalam loyang
- bakar dalam oven dgn suhu 170 c (ikut kepanasan oven masing2) sehingga kek masak
- kek ini juga boleh di kukus.


SELAMAT MENCUBA

3 comments:

LYAfrina said...

mesti sedap ni

Anonymous said...

sedap resepi ni...terbaik

NINA FARHANA said...

Cantik sggh kejadian kek ni. Lama xmakan kek oren. Tq sudi share resepi 😘

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails