Teman-teman Setia

27 July 2011

Hadiah Selamat Di Pos..


Salam semua...
Sebelum tu..ibu nak mntak ampun byk2..
Baru berkesempatan pos hadiah..
contest yg ibu anjurkan ari tu..
di sebabkan kekangan masa..
Maklum la ibu keja kat spital..susah nak kuar gi pos hadiah nie..
tu pon ibu mintak tolong babah..
Babah pulak smlm gi out station..ptg baru balik..so..ari nie..hadiah telah selamat di pos..
T.Q Babah...


pada semua pemenang contest..
nantikan hadiah nie tau..
bila dah dpt..tolong inform..
risau gak klu2 tak sampai..
Lebih kurang ibu mintak HALAL..


Handy MUIZ..


Salam semua..
Lama tak update..
Mood tgh off nie..penyakit M datang menyerang..
Entry nie nak cite psl tools baru tuk bujang..

Di sebabkan bujang minat sangat keja2 me repair nie..
sbb tgk babah dia buat..pastu terpengaruh pulak ngan cite
Handy Manny - "Ada kerosakan, Kami Baiki"..

Nie la citenya yg ada kat Channel 613 Astro..
yg selalu gaduh ngan ibu.berebut channel..
so.. Babah pon beli la tools kat bawah nie..

Macam-mcm ada..

Sekali pandang mcm real jer..
semua peralatan tu..

MUIZ tak nak perpisah ngan tools baru dia..

tgh repair laptop la..
mcm babah selalu buat..

Gigih tu repair..
sampai melelh air liur..hehehehe..

Klu dah lelaki tu..lelaki la jgk..
takkan nak main mainan masak2 pulak..
hehehe..



25 July 2011

Asam Pedas Tempoyak..






Nie menu ibu semalam..
Ikan Masak Asam Pedas Tempoyak..
Kalau dpt ikan patin pon sodap..
Ibu guna ikan temenung jer..tu pon buat bertambah nasi..
bab meratah kepala ikan..bagi la kat ibu..
mmg ibu kan hisap kepala ikan tu..

Ibu share kan resepinya..
Ini yg di ajar oleh Nenek MUIZ kat Ibu..
Mungkin sama ngan org lain kut..

Bahan-Bahannya.

  • Ikan Kembung
  • Bawang Kecil 4 ulas
  • Cili Padi ikut pedas
  • Kunyit hidup
  • Sebatang serai
  • Sehelai daun kunyit
  • Tempoyak
  • Timun
  • Garam dan gula


Cara-cara..

  • Tumbuk Bawang + Cili Padi + Kunyit Hidup
  • Timun di buang biji dan di potong2
  • Campurkan air + tempoyak + cili yg di tumbuk + timun dlm periuk..
  • Masukkan serai yg telah di tiitk + daun kunyit
  • Lepas dah mendidih, masukkan ikanPerasakan dgn garam dan gula
  • Didihkan sampai ikan masak dan timun jd hempuk. Sedia untuk di hidangkan..

P/S : Kepekatan kuah bergantung pada banyaknya tempoyak yg kita letak..




"SELAMAT MENCUBA"




24 July 2011

Photo Of Nature Contest...


Assalamualaikum....

Malam ni teringin nak join Contest pulak.. Belek punya belek... Inilah contest yang kitaorang nak join... Hangpa join la jugak kat sini...


Gambar yang kami persembahkan adalah gambar ni...

Gambar ini diambil di Jelita Ostrich Farm, Port Dickson. Cerita penuh ada kat sini...
First time pegi sini, harap-harap ada tuah la...

Dengan ini, kami dengan berbesar hati, ingin menge'TAG' sahabat seperjuangan kami NaNa untuk turut sama dalam contest ini. Terima kasih...

23 July 2011

Malaysia Lawan Singapura: Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 (23 Julai 2011)

Pada hari ini, 23 Julai 2011, perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan ketiga akan berlangsung di antara Malaysia lawan Singapura. Perlawanan ini diadakan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada pukul 7.30 malam. Stadium ini hanya boleh menampung 6,000 penonton dan Malaysia diberi 500 tiket. (picture credit: tickethotline).

By the way siaran langsung @live boleh ditonton melalui Astro Arena channel 801 mulai 7.00 malam (perbincangan).

Kelayakan pusingan ketiga akan diadakan dua perlawanan dan perlawanan kedua akan berlangsung pada 28 Julai 2011 (Khamis) pada pukul 8.45 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil yang boleh memuatkan melebihi 100,000 (termasuk 87,000++ tempat duduk).

Mari semua rakyat Malaysia kita sokong pasukan Malaysia @Harimau Malaya menentang Singapura. Kembalikan maruah bola sepak tanah air. Tidak kira di mana sahaja anda berada, termasuk di restoran mamak, di rumah, di hadapan komputer, di luar negara dan sudah pasti penonton yang berada di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Sudah pasti kita memerlukan kehebatan penjaga gol, Khairul Fahmi, pemain pertahanan Aidil Zafuan, pemain tengah, Safiq Rahim, penyerang berbisa, Safee Sali dan semua pemain untuk memastikan Malaysia membawa balik jaringan yang selesa pada perlawanan Malaysia vs Singapura.

Info perlawanan:

Perlawanan Pertama First Leg (Away)
SINGAPURA VS MALAYSIA – (23 JULAI 2011)
Stadium Singapura

Perlawanan Kedua Second leg (Home):

MALAYSIA VS SINGAPURA – (28 JULAI 2011)
Stadium Nasional Bukit Jalil

P/S:To Watch live streaming malaysia vs singapura 23 julai 2011 HERE or click link below.

Link 1(Ustream)


22 July 2011

Menu Org Kebulur..


Salam semua..
Malam nie ibu pulak nak mencelah...
biasalah mesti cite psl msk..
lama rasanya tak cite psl masak..Eh..ye ke..? hehehehe...

So..smlm rasa lapar pulak lepas balik keja..
selalunya ibu jarang makan malam..
sbb lunch ibu bwk nasi..
tp smlm ibu tak bwk nasi..ibu bwk bihun goreng jer..
sbb tu lapar agaknya..

balik2..bkk esbok..tgk apa yg ada jer..
masak simple2..janji cepat dan mudah di makan..
dah kebulur sgt2 rasanya..
Jom intai menu orang kebulur..


Sambal Ikan Tamban + Kentang..
Menu nie mmg wajib masa waktu sahur..
makan ngan nasi panas2..sedapnya..
Eh..tak lama lagi kan nak posa..sonoknya..

Nie yg buat penambah selera nie..
Ikan pekasam..
kawan ibu bagi..jauh dtgnya nie..from Kedah..
Mmg maberles..buatkan ibu laju menambah nasi..

di tambah pulak ngan telur dadar..
besaq pinggan tu..
lauk tk bujang la..sekali ngan mak dan pak dia..
hehehe..


Jemput makan semua..
Alhamdulillah..licin nasi seperiuk..
Ahaks..


Tutorial : Bagaimana Convert dari PDF ker Word

Tutorial : How to convert PDF to Word?

Assalamualaikum...
Bertemu kita lagi hari ni... Terasa rajin bebeno dua tiga hari ni... Hari ni Babah nak memenuhi pertanyaan daripada sahabat babah mengenai perkara di atas. Seperti mana yang kita maklum, untuk ditukarkan Word ke PDF, ada banyak cara. Cara paling berkesan adalah dengan menggunakan Adobe Acrobat itu sendiri...

Tetapi yang menjadi masalahnya adalah bagaimana nak menukarkan dari PDF ke Word? Lebih-lebih lagi bagi Fail yang terdapat Table. Sememangnya banyak solution bagi persoalan ini, tetapi kebanyakannya tidak dapat convert table di dalam PDF tersebut dengan sempurna. Tetapi dengan menggunakan aplikasi ini, Penukaran fail anda akan menjadi hampir sempurna. Caranya mudah sahaja...

2. Klik pada Chose File... Pilih fail PDF yang anda ingin convert.
3. Seterusnya Klik pada Upload And Convert..
4. Jangan tutup browser anda, tunggu sehingga proses convert selesai.
5. Anda boleh download hasil convert tersebut, buka dengan Word dan Save sebagai DOC.

Sekian, terima kasih.

21 July 2011

Berhati-hati bila ke Cybercafe, Hotel atau sebagainya


Assalamualaikum...
Satu lagi perkongsian yang penting perlu babah kongsikan segera. Benda ni adalah kerana Peralatan 'Keylogger' terbaru di pasaran. Difahamkan Peralatan ini senang untuk didapati dan menyebabkan kita semua terdedah dengan bahaya kehilangan identiti mahupon kewangan ketika melayari internet. Benda ni senang sahaja untuk dipasangkan. Serupa seperti converter PS2 ke USB dan sebaliknya. Cuma anda perlu berhati-hati...

Sekiranya anda nampak device seperti ini, jangan melayari Laman yang memerlukan anda menaip ID dan Password seperti Online Banking, malahan Facebook. Ini adalah satu cara untuk mencuri identiti anda!!!

Additional adapter
Black Device Keylogger
Black Device Keylogger


Anda perlu sebarkan berita ini kepada sahabat handai anda segera. Biar sekarang, jangan sampai terlambat. Sekiranya anda baru sahaja keluar dari Cybercafe atau seumpamanya. Cepat-cepat tukarkan Password anda di tempat yang anda pasti akan keselamatannya.

Peralatan ini akan menyimpan semua yang anda taip ke dalam ruang storan di dalam alat ini. Bayangkan kemusnahan yang boleh dibawa oleh alat ini... Satu cara selamat untuk anda login dalam komputer dengan alatan tersebut adalah dengan menggunakan Character Map semasa memasukkan ID dan Password.

Klik >Start>All Programs>Accessories>System Tools>Character Map

Pilih Font Arial, Masukkan satu-satu huruf lepas tu select hingga menjadi ID anda. Klik Copy, dan Paste di tempat ID anda itu. Begitu juga dengan Password anda. Dengan cara ini, Keylogger berkenaan tidak dapat berfungsi kerana anda menggunakan Mouse untuk menaip...

Sekian, Semoga anda mendapat manfaat daripada Informasi ini. Terima kasih.

Remove Fake Antivirus

Assalamualaikum..

Hari ni Babah nak berkongsi satu tips yang amat berguna. Kebiasaannya kita ni pantang jumpa perkataan virus di komputer. Tapi apa yang babah nak berkongsi ni pasal Fake Antivirus (Antivirus Tipu..)..

Hari ni Babah ada buat penyelenggaraan komputer kat PC-PC staf. Terjumpalah masalah ni. Puncanya dia tertekan Pop-up yang mengatakan PC dijangkiti Virus. Masalahnya, sama ada klik pada Yes, ataupun No, Fake-Antivirus ini akan tetap install secara senyap pada PC kita. Cara mengelakkan tertipu, cuba tekan Alt+F4 serentak. Selalunya dalam browser, benda tu akan tertutup la.

Sekali dah terkena, memang agak sukar menjangkakan tahap kesukaran pembaikan PC tersebut. PC juga akan diganggu sentiasa. Ketika menaip, program crash, hang dan sebagainya. Ketika ini, klik Alt+F4 tidak lagi berguna.

Berginilah rupanya antara Fake-Antivirus tersebut...

Cara penyembuhan..
1. Cuba gunakan combofix daripada website blooping computer.
2. Download Malwarebytes Anti-Malware dan cuba scan.
3. Download SuperAntiSpyware dan scan.
4. Kalau tak OK jugak, boleh cuba masuk Save Mode dan Restore PC ke masa sebelum kena.
5. Kalau semua tu tak OK jugak, bolehlah Format Komputer tersebut. hehe...

20 July 2011

Jawatan Kosong...


Salam semua..
Ibu nak share sesuatu..
Nie Ibu dapat dari email..
Ada sapa2 nak isi jawatan kosong..?
Memang terbaik..
Jom kita rebut peluang..








"SHARING IS CARING"



Terharunya..


Salam semua..
pagi td bukak fb..
tetiba dpt ucapan mcm nie...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


sebagai seorang isteri..ibu amat terharu..
hanya...
SENYUM..Tak perlu kata apa2..

TQ babah atas ucapan itu..
Rasa nak menitik air mata..

I LOVE U SOOOO MUCHHH..
MMMMUUUAAHHH...




~Wordless Wednesday..~


Salam semua..




Nak join..?
Klik SINI..



19 July 2011

1st Giveaway '' Kenapa Aqil Menangis''


Salam semua...
Tetiba malam nie rasa nak join giveway la..
Giveaway yg di anjurkan oleh Ibu Aqil..
Sapa2 nak join klik SINI ye..
dan tarikh tutup pada 28/8/2011
hadiahnya..mmg best..iaitu Tupperware..
Jom join reramai..

Aqil menangis kerana..

"Ibu ajak Aqil balik..Aqil tak balik..Aqil nak main lagi..."

Ibu MUIZ tag..

~ Nana
~ Mama Balqis
~ Kak Eza
~ Mama Rifqy
~ Izan




Kurma Salut Coklat + Badam..


Salam semua..
Sedar tak sedar..kita akan sambut Ramadhan tak lama lagi..
Rasa sayu pulak bila tingat kat bulan yg mulia tu..
sbb masa tu la kita mendekatkan diri dgn ALLAH..
Masa tu jgk la pintu neraka ditutup..dan pintu syurga di buka luas..
dan syaitan2 yg di laknat pon di ikat..
sonok rasanya..tak boleh di gambarkan dgn perasaan..

dan bila tiba waktu itu..
Kurma menjadi buah wajib ketika buka posa dan bersahur..
Tingat tahun lepas..
Ada member Babah bagi Kurma..
Mmg sedap..
Kurma yg di salut coklat dan ada badam di tgh..
Lepas bkk posa..akan jadi desert ibu..
dah la peminat coklat..
bila kena ngan Kurma..mmg rasa dia sedap sgt..

Minggu depan harus cari kurma..
dan nak beli tuk Atok MUIZ yg mmg peminat dgn kurma..
Dlm sebulan berpuasa..
Berkotak2 Atok MUIZ makan kurma..

Cantik Kotak Dia..
Mcm kotak harta karun..

Close up cikit..

di pack satu2..

KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".


Hadith Nabi SAW..
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”


WASSALAM...


18 July 2011

Nak Asam Pedas Melaka la pulak....




Menu malam nie..tgk dia masak Asam pedas..
tetiba lak ibu tingin nak asam pedas Melaka...
Mcm2 la peel ibu nie..
First time rasa Asam Pedas Melaka..terus tingat sampai skrg..
mmg best asam pedas kat Melaka nie..
rupanya baru Ibu tahu..
yg Asam Pedas melaka tak pakai daun kesum ngan Bunga kantan..
tp dia guna halba...



Ibu dan Babah makan kat sini la..
Medan Selera Air Keruh, Melaka..
terbaik Asam Pedas dia..

Kami order..
Asam Pedas Ikan Pari, Kangkung Goreng Belacan dan Ayam Goreng..
Telur Masin tu mmg dia bagi..
satu kombinasi yg mmg best..

Sampai licin kami makan..
Nnt insyallah..kami datang lagi..






CIUM ANAK DAPAT PAHALA


Salam semua..
nak share yg ibu dapat dr email..
Sharing is caring..

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Lepas nie kena selalu cium anak..
byk kelebihannya..
OK..jumpa lagi di lain entry..
wasaalam..



17 July 2011

Teringinnya...


Salam semua..
Malam yang dingin..ditambah dgn angin sepoi2..
tetiba keinginan ibu bagai di seru2..
perasaan ibu bagai di rasuk..

entahlah..
di usia hampir melewati 31 tahun..
tp belum lagi pernah merasa..
entahkan bila..ibu belum pasti..
hanya masa yg akan menetukan segalanya..

mcm kelakar..pelik pon ada gak..
mesti ramai yg mcm hairan..takan tak pernah..
tp mmg tak pernah pon..
ibu tak tipu..
ini bukan dugaan..ini betul2 kejadian..




dan malam nie..
ibu harapkan dpt mimpi indah..
mana tahu
mimpi yg akan jadi kenyataan...
walaupon hanya dlm mimpi..impian ibu akan di realisasi..
itu yg ibu harapkan..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


dpt merasa naik kapal terbang..
huhuhu..
dah kemaruk sangat dah nie..
Teringinnya dah membuak2..
klu gunung berapi..dah lama dia meletus..
hanya tuhan yg tahu perasaan ku ini...


"YA ALLAH..
MURAHKANLAH REZEKI HAMBA MU INI.."
AMINN...


MUIZ - 29 Bulan..


Salam semua..
Alhamdulillah...ari nie genap bujang ibu 29 bulan..
bersamaan 2 tahun 5 bulan..
Syukur juga demam MUIZ dah kebah..
cuma selera makan belum nak berapa ada..
Malam td nampak ada selera..
ari nie..makan nasi ada la 5,6 suap..

Byk perkembangan MUIZ skrg..
cakap pon makin banyak..
tp ada yg terbalik2..kelakar la MUIZ nie..
contohnya.."Izz Air Kotak..Nak.."
salah la sayang..
"Izz nak air kotak.."
apa2 jer la MUIZ..ibu tetap sayang kamu...

MUIZ nie mmg kurang makan ikan..
dia makan ayam ngan telur jer..
kalau bagi ikan..dia muntah...
agaknya bau ikan tu yg dia tak berapa suka agaknya..
pernah masa dia dok ngan nenek kejap ari tu..nenek try bagi ikan..
Mau gak..sampai bertambah nasi..pastu tak mau dah..

Satu lagi..sejak dah bergelar bujang nie..
lepas mandi sebuk nak pakai minyak rambut..
Babah kata bkn nak gi jalan mana pon..
biarlah babah..kami kan dah bujang..
mesti nak sentiasa hensem bergaya...ahaks..

Jom tgk gambar MUIZ fresh from oven..
bersama toy kesayangan dia..






Semoga anak ibu dan babah terus sihat..cerdik..pandai..
jd org yg berguna..beriman..
insyallah..
MUIZ lah nyawa ibu dan babah..
penyeri hidup ibu dan babah..penwar segala duka lara..
Sayang sgt2 kat MUIZ..




16 July 2011

Win 2 - Crackers Sedap..


Salam semua..
Di sebabkan MUIZ tak selera makan..
ibu pon bawak MUIZ tukar selera makan kat kedai mamak..
Alhamdulillah..separuh dr Nasi Goreng Cina dan Air Milo MUIZ hadap..
suka hati ibu..tgk selera MUIZ malam ie..

Pastu ajak babah jenjalan kat Giant Sek. 18 lak..
Mak Uda MUIZ terjumpa biskut kat bawah nie..
terus ibu ambik 2 peket lenlain perisa..lama dah ibu cari biskut nie..
Mmg best biskut nie..
sedap..buat kudap2..
Biskut nie Mak Ngah MUIZ yg kenalkan..
terus terpikat..
Biskut Kentang yg di bakar..mmg sedap..
bebudak pon suka..dan mengenyangkan..

tp kat Giant jer ada jual..kat Tesco, Carefour..
ibu belum jumpa lagi..
Murah pulak tu..RM 2.93 sepeket..



Yg merah perasa tomato dan yg hijau perasa sayur2ran..
Gaji nnt mesti kena beli lagi..
boleh bwk opis mkn masa bekfes..
berbaloi-baloi..
hehehehe..