Teman-teman Setia

13 July 2011

Babah kursus Microsoft di KLCC

Assalamualaikum...
Semalam, hari Selasa, Babah dapat tawaran untuk join Kursus Microsoft Office 2010 anjuran Microsoft sendiri di KLCC. Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang la tu... Memang minat sangat la.. Alhamdullillah, sampai ke KLCC lebih kurang dalam pukul 9.00 pagi. Tercari-cari jugak dibuatnya... Akhirnya sampai ke Kelas tu pukul 9.30 pagi. Sib baik belum start lagi.. Sonok jugak pasal banyak benda-benda baru yang dapat dipelajari... Menambah ilmu di dada kata orang tu ye dak... So, enjoy gambar je la yer...

Ini lah dia Pas Pelawat untuk masuk ke Tower 2 KLCC. Takde naik tinggi sangat pon, tingkat 29 je.. Tapi sebelum naik Lif sebenar, kitaorang ternaik Lif yang pegi tingkat 42. Omak oii.. Terasa gayat bila sampai kat tingkat tu...
Sempat lagi berposing depan office Microsoft.. Terasa macam kurus pulak masa nih...
Bersama sahabat-sahabat seopis semasa menunggu waktu rehat berakhir..
Gambar permandangan dari tingkat 29. Boleh tahan jugak tingginya...
Gambar wajib kalau pergi KLCC. Lokasi di hadapan Suria KLCC.
Door Gift dari Microsoft.
Ada sapa berminat nak beli? hehe..
Satu set lengkap, ada Pencil, Pen Biru, Hitam dan Merah, pastu Pen Highlight.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails