Teman-teman Setia

16 July 2011

Pulut Kuning dan Rendang Ayam...


Salam semua..
semua dah sarapan..
ibu pagi nie bersarapan dgn Pulut Kuning cicah Rendang Ayam..

Malam td..tetiba badan MUIZ panas..
itu tanda nak demam..pastu MUIZ muntah pulak..
risaunya hati ibu..
terus bagi ubat..
pastu basahkan kepala, ketiak MUIZ ngan air asam jawa..

Masa ibu bancuh air asam jawa..ibu terpandang beras pulut..
terus ibu rendam..
boleh gak buat sarapan pagi nnt..

Beras pulut yg ibu rendam ngan kunyit dan asam keping..
mengikut kata org2 tua..
kegunaan asam keping tuk mengekalkan warna kuning tu..

setelah di tos..
tunggu masa untuk kukus...

pepagi lagi ibu dah suruh babah gi pasar..
beli ayam dan bebahan tuk buat Rendang...
babah siap ambil daun pisang ngan daun pandan lagi..

Setelah bertungkus lumus kat dapur..
nie la hasilnya..


Pulut Kuning dan Rendang Ayam Air tangan ibu..

dah selamat ibu bagi pada Mak Ngah MUIZ, Mak Lang MUIZ dan juga Mak Uda MUIZ..Semoga mendapat keberkatannya...
dan juga Semoga keluarga ibu sihat2 sentiasa dan murah rezeki..
INSYALLAH...

Pemberian pulut kuning kepada jiran tetangga juga tidak semestinya disebabkan oleh upacara atau majlis yang diadakan. Pemberian ini juga adalah atas dasar kesyukuran seseorang. Contohnya, seseorang yang baru mendapat kejayaan, kesyukurannya ditunaikan melalui pemberian pulut kuning kepada jiran tetangganya. Cara ini berkesan dalam mengeratkan hubungannya dengan masyarakat sekitarnya.

Nak baca lebih lanjut..boleh klik SINI..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails