Teman-teman Setia

21 July 2011

Remove Fake Antivirus

Assalamualaikum..

Hari ni Babah nak berkongsi satu tips yang amat berguna. Kebiasaannya kita ni pantang jumpa perkataan virus di komputer. Tapi apa yang babah nak berkongsi ni pasal Fake Antivirus (Antivirus Tipu..)..

Hari ni Babah ada buat penyelenggaraan komputer kat PC-PC staf. Terjumpalah masalah ni. Puncanya dia tertekan Pop-up yang mengatakan PC dijangkiti Virus. Masalahnya, sama ada klik pada Yes, ataupun No, Fake-Antivirus ini akan tetap install secara senyap pada PC kita. Cara mengelakkan tertipu, cuba tekan Alt+F4 serentak. Selalunya dalam browser, benda tu akan tertutup la.

Sekali dah terkena, memang agak sukar menjangkakan tahap kesukaran pembaikan PC tersebut. PC juga akan diganggu sentiasa. Ketika menaip, program crash, hang dan sebagainya. Ketika ini, klik Alt+F4 tidak lagi berguna.

Berginilah rupanya antara Fake-Antivirus tersebut...

Cara penyembuhan..
1. Cuba gunakan combofix daripada website blooping computer.
2. Download Malwarebytes Anti-Malware dan cuba scan.
3. Download SuperAntiSpyware dan scan.
4. Kalau tak OK jugak, boleh cuba masuk Save Mode dan Restore PC ke masa sebelum kena.
5. Kalau semua tu tak OK jugak, bolehlah Format Komputer tersebut. hehe...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails