Teman-teman Setia

23 July 2011

Malaysia Lawan Singapura: Perlawanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 (23 Julai 2011)

Pada hari ini, 23 Julai 2011, perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan ketiga akan berlangsung di antara Malaysia lawan Singapura. Perlawanan ini diadakan di Stadium Jalan Besar, Singapura pada pukul 7.30 malam. Stadium ini hanya boleh menampung 6,000 penonton dan Malaysia diberi 500 tiket. (picture credit: tickethotline).

By the way siaran langsung @live boleh ditonton melalui Astro Arena channel 801 mulai 7.00 malam (perbincangan).

Kelayakan pusingan ketiga akan diadakan dua perlawanan dan perlawanan kedua akan berlangsung pada 28 Julai 2011 (Khamis) pada pukul 8.45 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil yang boleh memuatkan melebihi 100,000 (termasuk 87,000++ tempat duduk).

Mari semua rakyat Malaysia kita sokong pasukan Malaysia @Harimau Malaya menentang Singapura. Kembalikan maruah bola sepak tanah air. Tidak kira di mana sahaja anda berada, termasuk di restoran mamak, di rumah, di hadapan komputer, di luar negara dan sudah pasti penonton yang berada di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Sudah pasti kita memerlukan kehebatan penjaga gol, Khairul Fahmi, pemain pertahanan Aidil Zafuan, pemain tengah, Safiq Rahim, penyerang berbisa, Safee Sali dan semua pemain untuk memastikan Malaysia membawa balik jaringan yang selesa pada perlawanan Malaysia vs Singapura.

Info perlawanan:

Perlawanan Pertama First Leg (Away)
SINGAPURA VS MALAYSIA – (23 JULAI 2011)
Stadium Singapura

Perlawanan Kedua Second leg (Home):

MALAYSIA VS SINGAPURA – (28 JULAI 2011)
Stadium Nasional Bukit Jalil

P/S:To Watch live streaming malaysia vs singapura 23 julai 2011 HERE or click link below.

Link 1(Ustream)


No comments: