Teman-teman Setia

21 July 2011

Berhati-hati bila ke Cybercafe, Hotel atau sebagainya


Assalamualaikum...
Satu lagi perkongsian yang penting perlu babah kongsikan segera. Benda ni adalah kerana Peralatan 'Keylogger' terbaru di pasaran. Difahamkan Peralatan ini senang untuk didapati dan menyebabkan kita semua terdedah dengan bahaya kehilangan identiti mahupon kewangan ketika melayari internet. Benda ni senang sahaja untuk dipasangkan. Serupa seperti converter PS2 ke USB dan sebaliknya. Cuma anda perlu berhati-hati...

Sekiranya anda nampak device seperti ini, jangan melayari Laman yang memerlukan anda menaip ID dan Password seperti Online Banking, malahan Facebook. Ini adalah satu cara untuk mencuri identiti anda!!!

Additional adapter
Black Device Keylogger
Black Device Keylogger


Anda perlu sebarkan berita ini kepada sahabat handai anda segera. Biar sekarang, jangan sampai terlambat. Sekiranya anda baru sahaja keluar dari Cybercafe atau seumpamanya. Cepat-cepat tukarkan Password anda di tempat yang anda pasti akan keselamatannya.

Peralatan ini akan menyimpan semua yang anda taip ke dalam ruang storan di dalam alat ini. Bayangkan kemusnahan yang boleh dibawa oleh alat ini... Satu cara selamat untuk anda login dalam komputer dengan alatan tersebut adalah dengan menggunakan Character Map semasa memasukkan ID dan Password.

Klik >Start>All Programs>Accessories>System Tools>Character Map

Pilih Font Arial, Masukkan satu-satu huruf lepas tu select hingga menjadi ID anda. Klik Copy, dan Paste di tempat ID anda itu. Begitu juga dengan Password anda. Dengan cara ini, Keylogger berkenaan tidak dapat berfungsi kerana anda menggunakan Mouse untuk menaip...

Sekian, Semoga anda mendapat manfaat daripada Informasi ini. Terima kasih.

No comments: