Teman-teman Setia

16 April 2013

Rindu Kampung Halaman


As Salam...

Mood petang nie melayang di bawa angin bayu..
Tetiba rasa rindu sgt kat kampung halaman..
Last balik kg. ari tu 30-31 mac..
Hampir 3 minggu lamanya tak menjenguk kampung halaman..
Igtkan nak balik kg. pada 27-28 April nie..
tp dah alang-alang 5 Mei tu PRU..
so..balik time tu jer la...


Inilah rumah org tua ku..
Sungguh tenang kat sini...
Tempat KAMI di besarkan seramai 6 org adik beradik..
Segala suka duka dikongsi bersama..

Kat sini juga mak bersalinkan 3 org adik ibu..
Bersalin kat umah jer.. 3 orang bersalin kat hospital..termasuk la ibu..
dan sini jugak berlangsungnya 3 pernikahan...

Sungguh rindu di saat ini..
 Jika punya kepak..lama dah ibu terbang..
Terbang terus peluk dan cium...


2 insan ini...
Insan yg paling bermakna dlm kehidupan KAMI...
Bila terpandang 2 wajah kesayangan KAMI..rasa sayu sgt2..
lagi2 bila pandang wajah ABAH..
terus air mata bergenang..
Entah kenapa hati nie begitu rindu kannya...



Inilah KAMI..
6 orang semuanya..
5 perempuan 1 Lelaki..
3 sudah dimiliki orang...
3 masih lagi mengejar cita-cita...



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
Kau yang Maha Pengampun…
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan suamiku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
abang-abang kami, kakak-kakak kami, adik-adik kami, seluruh keluarga kami

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu,dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan.Dekatkan kami dengan syurgaMu,dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami

Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat…
Matikanlah kami dalam agama Islam
Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami

Ya Allah Ya Rahman
Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku
Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku
Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu
Makbulkanlah doaku ini

Amin……..


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails