Teman-teman Setia

14 February 2014

Homemade Caramel Popcorn

Salam semua..

Masa gi beli barang dapur kat tesco..
ternampak biji jagung..terus beli..teringat kat MUIZ..
suka mkn popcorn..klu beli kat kedai RM 3.00 dpt sebekas kecik jer..
Klu buat sendiri..puas mkan..Beli biji jagung tak sampai pon RM 3.00

Memula ibu masak..ibu buat dlam secawan jer..
Lepas panaskan butter..ibu pon masukkan  biji jagung ,.
tp hati ibu dah mula rasa cuak.. asal tak letup2 dari tadi nie..
SAH..!! ibu salah beli biji jagung..mmg ada biji jagung yg bkn utk popcorn...
Ibu rasa dah nak buang dlm tong sampah dah..hati ada sedikit kecewa..

Tp sangkaan ibu meleset..
baru jer ibu nak bukak penutup kuali..
ibu dah mula dengar bunyi POP! POP! POP!..
terus hati ibu berbunga2..jadi rupanya..idak la ibu salah membeli..
Buat kata babah...ibu nie tak sabar2..
biasalah..ibu kan..

Sekali ibu bukak penutup kuali..
Hambik kau!! satu kuali penuh tu..
Putih suci jer kaler dia..
Riang sungguh rasanya..



Nie la rupa popcorn ibu setelah di make up ngan caramel...
Tgk macam kurang jer caramel dia kan..
Mmg kurang pon.. niat di hati nak tambah lg caramelnya..
tp masa ibu buat caramel yg memula..jari ibu sedikit cedera..
Melecur kena caramel panas tu..
Terus cancel..
Pedih sgt2 rasanya jai ibu.huhuhuhu...

Walaupon kurang caramel..tp rasanya dah ok sgt..cuma kurang manis..
Jadi la..buat kudap2 sambil tgk tv..
nie ibu share resepi cara buat popcorn..Ibu ambik dr blog CMG..


CARAMEL POPCORN
Resepi dr CIK MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)

1/3 cawan jagung popcorn
1 camca besar mentega
2 1/2 camca besar minyak masak

BAHAN KARAMEL :-)

1/3 cawan gula pasir
1 camca besar mentega

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan minyak dalam periuk bersaiz besar. Masukkan mentega dan biar mentega cair, kacau rata. Letak sebiji jagung popcorn, bila jagung tu kembang, tu tanda dah ok. Masukkan kesemua jagung popcorn, kacau rata dan tutup periuk. Gocang perlahan dan nanti anda akan dengar bunyi jagung meletup2 dalam periuk anda. Sambil tu goyang2kan periuk (tapi jangan bukak tudung dia!!). Biar hingga senyap, bukak tudung periuk dan tuang popcorn dalam bekas lain. Ketepikan sekejap.

2. Sediakan kuali, masukkan gula pasir, dan masak dengan api kecil hingga gula mencair, kacau hingga sebati. Masukkan mentega dan kacau rata hingga karamel bertukar perang. Masukkan popcorn dan gaul hingga rata. Guna api kecil.

3. Bila karamel dah bersalut pada keseluruhan popcorn, matikan api dan alih ke dalam loyang. Ratakan dan biar sejuk. Kemudian lerai2kan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails