Teman-teman Setia

11 May 2010

Lelaki amuk guna pisau rambo..



Suspek yang pernah dirawat di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan pada 2002 dan 2003 serta Surentiran, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

Mohd Khairi pula dirawat di Hospital Tanjung Karang dan keadaannya juga dilaporkan tidak membimbangkan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad, berkata sepasukan anggota peronda dikejarkan ke kampung itu sebaik menerima panggilan ada lelaki mengamuk pada jam 5.53 petang.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian pada jam 6.20 petang, polis melihat suspek sedang mengacukan sebilah pisau ke arah seorang penduduk di dalam sebuah kedai dan segera menghubungi pasukan kereta peronda lain sebagai bantuan.
"Apabila suspek melihat polis berada di situ, dia tidak menghiraukan arahan polis supaya meletakkan senjata, sebaliknya meluru keluar dari kedai itu dan melarikan diri dengan mengayuh basikal ke arah sebuah rumah sambil dikejar anggota polis dan penduduk kampung yang melihat kejadian itu.

"Anggota polis cuba memujuk suspek untuk menyerah diri sambil disaksikan kira-kira 30 penduduk kampung, tetapi dia menerpa seorang anggota polis yang sempat melepaskan tembakan amaran menyebabkan dia lari ke kawasan kebun berhampiran," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Mohd Taib berkata, ketika itu suspek sempat mencederakan seorang pegawai Jais selepas menikam betis kirinya.

Katanya, anggota polis cuba menyelamatkan pegawai itu daripada terus diserang tetapi suspek bertindak ganas dengan menerpa ke arah anggota polis sehingga memaksa polis mempertahankan diri dengan melepaskan tembakan dan mengenai jari kaki serta kepala lutut suspek. - SUMBER BERITA HARIAN 11/05/2010..

Ingat tak entry semalam pasal ibu muiz ngan keluarga pegi kenduri kat Kuala Selangor...
umah besan mak merangkap adik ipar punya anak saudara kawin..tup2..
tgh malam tu adik ibu tepon bagi tau..
suami dia cedera kena tikam org kurang siuman..dlm hati dok fikir bukan2..
sbb adik pon belum pasti keadaan suami dia mcm mana masa tu..
pg isnin tu tepon bg tau..cedera kat betis kiri..
alhamdulillah..masih terkawal..takde admit ward..

buat adik ibu..semoga tabah menghadapi semua dugaan..
insyallah..semua pulih sedia kala..amiin..



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails