Teman-teman Setia

13 May 2010

Intermediate 01 - Menghilangkan Objek Yang Tidak Dikehendaki


Intermediate 01 - Menghilangkan Objek Yang Tidak Dikehendaki

- Oleh kerana ini ruangan bagi mereka yang ada basic Tools Photoshop, saya akan terang serba sedikit sahaja caranya... Buka satu gambar, pilih target yang tidak dikehendaki, misalnya di gambar ini, saya ingin membuang orang disebelah kiri itu.




-Pilih Clone Stamp Tool dari Floating Tool Bar




-Pilih Brush Size yang bersesuaian.. Bagi saya, 27pxl adalah memadai... Jangan lupa pilih Brush yang soft..




-Klik ALT, dalam masa yang sama, cari permukaan yang lebih kurang sama dengan background apa yang kita hendak hilangkan itu. Mula klik pada target kita.. Gunakan berulangkali, sehingga selesai bahagian yang senang dan tidak rumit...


-Untuk bahagian yang rumit, gunakan Lasso Tools untuk memberi sempadan pada bahagian yang rumit. Seperti gambar di bawah..


-Hasilnya adalah seperti gambar di bawah... Anda juga boleh gunakan Feather untuk kesan yang lebih tepat. Sekian... Bersambung lagi dengan pelajaran selanjutnya...



No comments: