Teman-teman Setia

09 March 2012

Apam Polkadot

Salam semua..

Inilah projek ibu dan MUIZ ptg smlm..
Sampai umah balik dr keja..saje belek album birthday MUIZ..
tetiba MUIZ terpandang kuih apam yg ibu order masa majlis ari tu..
terus mintak kat ibu..dah MUIZ mintak..
tanpa byk soal..Ibuterus buat..

tp idak la cantik mana..boleh la..tuk minum ptg kami..
satu persatu laju jer MUIZ masuk mulut..
"Sedap la buu..kuih happy besday to you nie.."
kemain pjg nama kuih nie ye MUIZ..
hihihihi..

Sampai berkecah umah MUIZ kerja kan..tangan usah ckp la..
sampai kaki pon kena pencelup..pastu sebuk kata kaki dia berdarah..
pada hal kena pencelup..
mcm2 la MUIZ nie..


Pagi td gi sekolah pon siap bwk bekal..
sonok sgt dpt kuih kegemaran dia nie..
Ibu buat inti Nutella..tu jer filling yg ada kat umah nie..
Mmg bertambah2 suka si bujang tu..dia mmg kaki coklat..


Nie ibu share resepi..ibu dpt resepi dr KONGSI RESEPI..
mmg jadi..tak mengecewakan..


APAM POLKADOT

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1. masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak












1 comment:

fieda said...

fieda dh byk kali buat..mmg best..budak2 suka la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails