Teman-teman Setia

05 December 2011

Kek Mable Trio..

Salam semua..
Semalam masa kat Tesco..Ibu sempat sambar butter..
Plan nak buat kek..tp belum plan nak buat kek apa..
Memula igt nak buat Kek Butter jer..
Intai punya intai..tertarik ngan Kek Mable Trio nie..

Kek nie ibu dapat dari Dapur En. Mat Gebu..
Tgk pada cara pembuatannya..agak begitu mudah...
Lebih mudah dengan "bantuan" Bujang Ibu..
Mmg dari start Ibu buat..bujang kecik ibu byk "membantu"..
Sampai ibu nak pegang mixer pon dia tak bagi..dia nak buat sendiri
kadangkala..kesabaran ibu ada batasnya..terus tertinggi sikit suara..
huhuhu...


Setelah berhempas pulas..Inilah rupa kek sebelum di bakar...


Kek selepas di bakar..ibu sengaja biar atasnya garing sedikit..
Ibu mmg sukakan kek yang garing..


Selepas di potong...
Sangat lebut, gebu dan sedap..
tak rugi mencubanya...



KEK MABLE TRIO

sumber : En. Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :

300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

CARA MEMBUATNYA :

1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.

2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.

3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu.

4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.

5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. 
Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.

6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


"SELAMAT MENCUBA"




1 comment:

fieda said...

sedap ni,gebu....mmg sesuai la dgn nama tuan kek ni mat gebu kan..