Teman-teman Setia

15 November 2011

Kek Lapis Cheese Pesona


Salam semua...
Oleh kerana Cream Cheese ibu ada belen..
Belen dr ibu buat Kek KuKus Cheese Koktail..
Tgk2 cream cheese hampir expired date..
So..mcm biasa..terjah blogg master Cheff di hati ibu..
Untuk cari resepi yg guna kan cheese..
Cari punya cari..
terus tertarik kat kek nie..

Very simple..tak perlu bakar..
cuma mest iada peti sejuk..
hihihi....
dan Kek nie ibu buat malam tadi..
Kali nie ibu baca resepi betul2..
kena sejukkan kek nie selama 6 jam..
Jom tgk hasilnya...



Baru kuar peti ais..
mode happy sebab kek ibu menjadi..


Sangat2 happy..
Lapisannya..cukup mempesonakan hati ibu...
patut la nama kek nie Lapis Cheese Pesona..
hihihii...


Ibu buat 1/2 bancuhan jer..
Ibu risau cheese ibu tak cukup..
mana taknya,,bujang ibu gi celup biskut dlm cheese..
Makan begitu sahaja..
MUIZ mmg suka makan cheese..

Nak di marah..serba salah..
nak di larang..dia nak makan..
tp dlm hati cukup risau...cukup ke cheese ibu nie...
Alhamdulillah..Ngam2 jer..cheesenya...

Tapi ibu terlebih dahulu minta ampun byk2..
Ibu dah derhaka pada resepi asalnya..
Oleh kerana takde biskut marie..
Ibu ganti kan ngan biskut Tiger Perisa Coklat..
nasib baik menjadi..
Seolah2 mcm makan Tiramisu pulak..
Nyaman jer lalu kat anak tekak..
MUIZ apa tah lagi..dah peminat cheese..
boleh abis sepotong dia makan kek nie..

Jom tgk resepi...

Kek Lapis Cheese Persona

resipi : Ryo@ryoazhar
sumber : Kak Nor dan Kak Madiha

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.










6 comments:

secukup rasa kasih said...

ibu niii..kolestrol sy dh tinggi niii..ni nak cuba jgk nieee

fieda said...

ala..sedapnya..nmpk mcm aiskrim la pulak..

Afne said...

mcm sedap je fieza :)

Shamz + Fieza = Muiz said...

Yanti..ko tergoda ke..? jgn mare...

Shamz + Fieza = Muiz said...

Fieda - try la buat...mmg sedap..

Shamz + Fieza = Muiz said...

Afne - :) memang sedap...mcm tiramisu rasa dia..