Teman-teman Setia

11 November 2011

Kek Coklat Kukus Keju Koktel


Salam semua...
Malam nie ibu nak share resepi kek besday ibu semalam...
Masa buat blog walking..ibu terjumpa resepi nie..
Masa tu kat blog Mama Auni n Ali..
Mcm senang nak buat..
tp belum cuba belum tahu..
terus perasaan berkobar2 nak mencuba...

Malam tu ibu pon kukus kek..
Dengan harapan bagi esok bangun pepagi buat topping dan boleh bwk gi keja..
ibu silap percaturan rupanya..dan ibu tak abis baca resepi..
rupanya kena simpan dlm peti ais..lagi elok semalaman..
makan masa jgk tuk cheese tu mengeras..

Pada mulanya ibu dah cuak..
sbb mcm tak jadi jer..bila tgk cheese tu mcm cair jer..
tp rupanya menjadi..
walaupon ada cikit comot..
tp ibu tetap puas hati...



Gambar sebelum letak topping...


Lepas letak topping..


rasa bangga kat diri sediri..
hihihi..


setelah di potong...


Camna...?
hasil keja tangan ibu..?
yang penting ada rasa...

jom..intai resepinya..

"SELAMAT MENCUBA"

Kek Coklat Kukus Keju Koktel

sumber : chef hanieliza

Bahan A 
2 cawan tepung gandum ] 
1 cawan serbuk koko ] 
1 s/k baking powder ] ayakkan 
1/2 s/k soda bikarbonat ] 

Bahan B 
1 cawan susu pekat 
1 cawan butter cair 
1 cawan air panas 
2 cawan gula perang 

Bahan C 
4 biji telur ] 
1 s/k esen vanilla ] kacau rata 

Cara 
1. Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak. 
2. Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk. 
3. Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan. 
4. Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati. 
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit. 
6. Sejukkan dan hiaskan dengan kerim keju dan buah2an koktel 

Bahan krim keju: 
250 gm keju cream philidephia 
1/2 cawan gula halus 
1/2 cawan air agar-agar - saya pakai serbuk gelatin
1 cawan yogurt perisa mangga - saya pakai 270gm yogurt ( 2 bekas kecil )
1 tin buah2 koktel 
1/2 cawan air dalam buah2 koktel 

Cara: 
1, Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut. 
2. Masukkan yogurt dan pukul lagi. 
3. Masukkan air/cecair agar dan kacau rata. 
4. Tuangkan atas kek span dan sapukan rata. 
5. Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam. 
6. Potong dan hidangkan.

*** utk topping, saya guna idea kak ita untuk gantikan air agar-agar kepada gelatin.
- saya bancuhkan 1 sudu besar gelatin dengan 1/2 cwn air
- tp akan datang saya rasa elok ditambah jumlah serbuk gelatin tu.. mungkin 2 sudu besar. 




1 comment:

-fieda- said...

mekasih fieza share resepi...wah nak try ni..mesti sodap kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails