Teman-teman Setia

19 September 2013

Nak Check Handphone Ori atau palsu?

Assalamualaikum
Selalu saya perhatikan banyak site di internet yang memberikan cara-cara seperti di bawah untuk mengetahui Phone anda fake atau tidak... Kita ulangkaji sekali lagi...

ikut langkah langkah seperti di bawah nih :
  1. Taip *#06#  
  2. Akan keluar IMEI ( International Mobile Equipment Identity)
  3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
  4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah. 
  • 02 or 20 : dari China = LOW QUALITY

  • 08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY

  • 01 or 10: dari Finland = VERY GOOD

  • 00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY

  • 13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

terpulang kalau nak percaya, tetapi bila saya buat research di Dr. Wiki, cuba baca di sini... Sehingga hujung tahun 2002, kemungkinan untuk cara ini adalah masih boleh dipercayai... Tetapi start 1 Januari 2003 hingga 1 April 2004, kesemua no. FAC (yang berkedudukan di tempat 7 dan 8) bagi semua handphone adalah berkod 00, dan seterusnya bagi selepas 1 April 2004, kod FAC ini tidak lagi wujud kerana digantikan dengan kod TAC yang kini berdigit 8... (Sebelumnya 6 digit sahaja).. Bacalah di link Dr. Wiki di atas...

Buat masa ini, satu-satunya cara yang saya tahu untuk mengenalpasti handphone ori adalah melalui site ini... IMEI Info Cuma masukkan Kod IMEI anda, pastikan Handphone apa yang didaftarkan dengan IMEI itu. Kalau betul alhamdulillah.. Kalau lain yang didaftarkan... hehe.. faham-faham sendirilah...

Good Luck...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails