Teman-teman Setia

12 October 2012

Makaroni Bakar


Salam semua..
Nak cite psl menu dinner smlm..
lama rasa tak makan Makaroni Bakar..
Bahan2 lama dah beli..buatnya tak lagi..
Memikirkan bujang mmg suka sgt makan makaroni..
balik dr ekja gigih buat makaroni bakar nie..

Buatnya mudah jer..cuma nak tunggu ayam cincang tu mencair agak lama..
Ye la..kan dok membeku dlm peti ais..
Ibu pulak lupa nak kuarkan sebelum gi keja pagi tadi..
Selalunya ibu akan stand by haiwan yg beku dlm peti ais sebelum gi keja..
So..lepas balik keja..terus jer masak..
tak yah tunggu lagi..
Selalunya ibu akn letak kat bahagian bawah peti ais..
Walaupon dah tak beku..tp masih lg segar..



Makaroni yang telah siap di goreng..
letak dlm bekas..

Pyrex yg ibu beli kat Langwai ari tu..ibu baru nak rasmi..
Balik sini..mcm menyesal beli size nie jer..
Patutnya beli dlm 3 size..
kecik, sederhana dan besar..



Letak Sos Putih


Nie lepas letak cheese Cheddar..
Pada mulanya nak letak  cheese mozzarella..
tp mozzarella ibu dah bercendawan..


Nie selepas di bakar..


Klu buat 2 layer..baru yummy!!!
Barulah boleh ternak lemak byk cikit..
tp satu layer pon dah kira OK jgk..

Laju MUIZ ngan babah dia mkn mlm nie..
Bertambah2..
Berebut 2 beranak tu nakkan bahagian yg kena cheese tu..
Happy ibu..

OK la.. 
nie ibu kongsikan resepi Makaroni Bakar Cara Ibu MUIZ..




MAKARONI BAKAR

Bahan-bahan

- 1 peket makaroni
- 1 biji bawang besar (ibu guna bawang holland)
- 4 sudu besar sos cili
- Ayam cincang ( terpulang nak letak byk mana)
- 4 btg sosej
- 1 botol sos spageti Prego
- Mix vege ( ibu guna carrot, cendawan butang, baby corn, bunga kobis)
- 3 sudu butter (tuk menumis)
- Serbuk Origano

Cara-caranya

- Rebus makaroni sampai lembut dan toskan
- Cairkan butter dan tumis bawang
- Bawang dah layu, masukan ayam cincang + sosej
- Pastu masukkan segala sayur
- Masukkan sos prego dan sos cili
- Tunggu agak menggelegak masukkan makaroni yg  telah di rebus tadi
- Perasa kan ngam garam & gula, tabur serbuk origano
- Kacau goreng dan boleh masuk dalam bekas


Bahan Sos putih

- 3 sudu butter
- 200 ml susu segar
- 30 gram cream cheese (letak byk lagi sedap)
- 2 susu tepung gandum (dibancuh dgn air)
- serbuk lada sulah

Cara-cara

- Cairkan butter
- Masukkan cream cheese, kacau sehingga cair
- Masukkan susu + lada sulah, kacau sampai susu hampir menggelegak
- Masukkan tepung, kacau sampai pekat

* sos putih di tuang atas makaroni tadi
* lepas tu tabur cheedar cheese/ mozarella dan serbuk origano
* bakar dalam oven suhu 180 darjah celcius dalam 30 minit
* Boleh di hidang
* kalau nak pedss, masa menumis boleh campur cili boh
* nak buat 2 layer pon boleh gak, caranya letak makaroni, letak sos putih, letak makaroni,letak sos putih, baru letak chedar cheese dan bakar dlm oven



"SELAMAT MENCUBA"




i

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails