Teman-teman Setia

07 October 2012

Kuih Ketayap Polkadot



Salam Semua..
Ari nie di sbbkan mkn lunch agak awal..
ptg2 terasa lapar pulak..
So..ibu plan nak buat kuih..
tingat pulak kat kuih ketayap..lama dah tak mkn kuih buatan sendiri..
Arahkan babah gi kedai..beli kelapa parut..
untuk buat inti..

Bila seach resepi...terlihat kuih ketayap yg dah di modenkan..
Ada polkadot plk..ikut fesyen masa kini..
Ibu dah la tak boleh tgk dot-dot nie..
Geram sgt2..
tu yg ibu cuba gak buat..

Dapat Dalam 9 ketul..jadi la..
santapan minum petang kami..

Nie..ibu share resepi ..




KUIH KETAYAP POLKADOT
Sumber : Kak CT

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
Pewarna hijau
Sedikit pewarna coklat (untuk dot dot)
1 sudu besar majerin dicairkan
Sedikit minyak untuk disapu pada kuali

Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
Sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut / jagung

Cara-cara :
1. Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk dadar : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. (Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.


"SELAMAT MENCUBA"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails