Teman-teman Setia

05 May 2011

Mee Hailam Buat Dinner..


Salam..
Malam nie tak mau makan nasi..
sebab lunch td dah melantak bekal nasi yg tapau dr umah..
di sebabkan byk sayur lebih buat ayam goreng kunyit pagi td..
decide buat Mee Hailam jer..
Memula MUIZ mcm sombong nak makan..
lepas merasa..semangkuk di hadapnya..
baru ko tau ye MUIZ..
Air tangan ibu kamu nie..
hihihihi..

Nie la rupa Mee Hailam ibu..
makan ngan cili jeruk buatan nenek MUIZ..
fuhh..terangkat..nikmat tak terkata..
jemput makan semua..



MEE HAILAM
Resepi by Chef Hanieliza

Bahan-Bahan:
600 gm mee kuning
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]

bahan hias
3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila ayam sudah masak, masukkan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain. Kacau rata.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.


SELAMAT MENCUBA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails