Teman-teman Setia

08 May 2011

Apam Gula Hangus..


Salam Semua..
Update menu tuk minum petang ari nie..
Lunch td masak simple jer..
Ayam Goreng Tepung dan Sayur Campur Masak Black Paper..
Gambar takde..
tak sempat nak ambik..bujang dah ngamok nak makan..

Lepas makan..rehat2 sambil blog walking ternampak resepi nie..
terus dpt idea tuk buat minum petang..
Resepi dr Cheff Che Mat Gebu ..
Kagum sungguh..mmg masakannya..buat leleh air liur..
T.Q sudi share resepi..

Tp bila ibu buat..Mcm nak bagi nama Apam Gula Perang..
atau pon Apam terlebih Tembam...hihihi,,
sebabnya...gula ibu tak cukup hangus dan apam ibu tembam sampai terkeluar dr acuan..
nasib baik tak melimpah..

Apa2 pon apam dah selamat masuk dlm perut..
dan babah sgt2 suka..lepas masak..dah balun 2 biji..
dan nie la rupa Apam Tembam Ibu..



RESEPI APAM KARAMEL / APAM GULA HANGUS..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji telur
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
2 camca besar susu pekat manis
1 camca teh soda biarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula pasir hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang air, kacau rata dan masak hingga semua sebati. Sejukkan.]
  2. Dalam food processor satukan susu pekat manis, telur, marjerin (@mentega) dan minyak, putar hingga sebati. Masukkan karamel tadi bersama2 soda bicarbonate dan esen vanilla, putar rata.
  3. Tambah tepung dan putar lagi hingga sebati, jika adunan kelihatan terlalu air, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum anggaran 1/2 camca besar.
  4. Masukkan dalam acuan apam yang telah disapu dengan minyak, 3/4 penuh. Kukus 15 minit atau hingga masakj. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang...


"SELAMAT MENCUBA"



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails