Teman-teman Setia

17 February 2013

4 Tahun Usia MU




Salam semua..
Alhamdulillah...
Lap air mata dulu..tgh tersedu-sedan nie..

Tanggal 17 Februari 2009 lahirlah seorang putera yg di nanti..
setelah 5 tahun usia perkahwinan kami..
Alhamdulillah..akhirnya doa kami untuk memperoleh zuriat sendiri..
telah dimakbul oleh ilahi..
syukur..

9 bulan lamanya di dlm rahim ku..
Menanti dgn penuh sabar..dan tak pernah lupa berdoa..
Supaya ianya dipermudahkan..
Lahirnya diberi nama MUIZUDDIN HAQIMI (Penyokong Agama Yg Bijaksana..)..
Nama yg telah KAMI simpan 5 tahun lamanya..
Akhirnya telah merialisasi impian KAMI..

Perasaan di masa itu..
hanya tuhan yg tahu.. Air mata ku tak dpt ditahan lagi..
Gugur membasahi bumi..tatkala ianya bagai mimpi..
Ia hadir di depan mata kami..


Kini.. 4 tahun sudah usia mu..
cepat benar masa berlalu..
Rasanya bagai baru semalam ianya berlaku..

Selamat Ulangtahun Kelahiran Buat MUIZUDDIN HAQIMI..


Semoga anak ibu & Babah menjadi insan yg kamil, berakhlak mulia, hormat org tua..
Dipanjangkan usia dan dilimpahi rezeki yg diberkati..
sentiasa didlm rahmatNYA..
Amin..

ibu sayang sgt2 kat anak ibu..
Kehadiran mu membawa seribu erti dan kehadiran mu juga membawa 1000 rezeki..
Penawar suka duka Ibu & Babah..








2 comments:

*∽ IZAN ∽* said...

Happy bufday Haqimi. Moga terus membesar menjadi anak yg solehhhhh

Ummi Iman said...

Happy birthday Haqimi. Alhamdulillah. Anugerah yg tiada tandingan. Semoga terus membesar dan menjadi insan yg soleh dan bijak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails