Teman-teman Setia

16 April 2011

Mable Cake For Tea Time..




Rupa sebelum di bakor..

Lepas di bakor..nasib baik tak rentung..
atee...awok sebuk dok ngadap facebook..

Rupanya setelah di potong..

Di hidangkan bersama Teh 0..
pasti TERBAIKKK...


KEK MARBLE MOCHA [ Chef Hanieliza ]

BAHAN:
bahan A
250 gm butter
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam
50 ml susu segar

bahan B
240 gm tepung gandum......]
1 sudu teh baking powder...] ayak bersama
1 s/k mocha paste
1 s/k nescafe

Cara
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan mocha paste dan nescafe. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 45 - 50 minit dengan suhu 180 C.


1 comment:

Anonymous said...

Delicious , wish I jiran u, then dapat rasa juga.......BTW, What is mocha paste???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails