Teman-teman Setia

11 April 2011

Ayam Masak Paprik


Salam semua..
Dah makan..? atau masih tercari2 menu..
jom..buat menu simple ibu muiz nie..
lauk Ayam masak paprik..
dpt lauk nie..klu di tambah ngan telur dadar pon..
dah cukup membangkitkan selera...

Klu gi makan kat kedai tomyam pon..
ibu suka order menu nie..
lauk yg smple...makan pulak ngan tomyam..
mmg betul2 terbaik..

klu ibu masak..mmg suka berkuah..
sbb nak gaul ngan nasi..baru best..
kali ini ibu hanya letak ayam..
klu letak udang, sotong pon boleh gak..
tp kena tukar la..seafood masak paprik..

ok..la..malas nak cite panjang..
jom semak resepi dr dapur ibu muiz..




Resepi..

Ayam Masak Paprik


200g isi ayam yang di hiris2
3 ulas bawng merah,ditumbuk
3 ulas bawang putih,di ketuk
3-4 helai dau limau purut,di koyak2
4-5 biji cili padi,di ketuk
sedikit minyak untuk menumis

1 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air untuk kuah

Sayur:
kobis bunga, lobak merah, babycorn, kacang panjang, bawang besar di potong2 ikut citarasa sendiri


Cara2:

- Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi,
- Masukkan ayam, setelah ayam setengah masak.
- Kemudian masukkan sayur2,
masukkan pula campuran sos2, limau purut serta cili padi, kacau goreng sehingga masak, perasakan dgn garam dan gula
- Sedia untuk di hidang.

"SELAMAT MENCUBA"


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails