Teman-teman Setia

23 February 2011

Skrip Filem yang Tereksiden

Yang ni babah Muiz pulak yang mencoret.. Lama tak menulis di sini...

Tersekima ngan ayat-ayat penghantar email yang menulis di sini... Boleh tengok...
Bagi kami sekeluarga, sorang pon takde yang nak tengok citer macam tu.. Sosial sangat..
Tak sesuai untuk tontonan keluarga... Setakat nak menegur penghantar email tersebut...
Saya pon bab agama bukan pandai sangat, tapi basic camtu, insya-allah boleh faham..

1. Bab cerai dan edah...
- Kalau talak dilafazkan masa perempuan tengah mengandung, hukumnya SAH... tapi haram hukumnya... Dan kesan daripadanya, tempoh edah panjang, iaitu sehingga anak dalam kandungan itu dilahirkan...

2. Bab Kahwin pulak...
- Lelaki tak perlu tunggu edah perempuan yang diceraikan tu habis baru dia boleh kahwin lain. Dengan erti kata lainnya, lelaki mana ada edah...

3. Bab ucapan Innalillah..
- ucapan tu boleh diucapkan dalam hati.. dan tidak terhad kepada kematian sahaja.. Sekiranya ditimpa mala petaka, atau sakit juga boleh diucapkan ayat ini.. Kalau diucapkan kepada bukan Islam juga boleh diterima sekiranya kita menganggap ucapan itu adalah sebagai tazkirah kepada diri kita sendiri dan bukanlah merupakan doa kepada bukan Islam itu tadi..

Seterusnya, bab Skrip tereksiden ni, saya perhatikan dari zaman filem P.Ramlee sendiri ada skrip tereksiden jugak... contohnya seperti di bawah..

Filem Nasib Do Re Mi...
-Ketika Bapak Nora (Mahmud June) hendak pergi ke Malam Pesta Muda Mudi, dia telah menggunakan alasan pergi mendengar Syarahan agama. Tetapi ketika Isterinya dapat tahu melalui telefon, sambil mengeluh dia telah tersebut yang suaminya kata ada Mesyuarat.

Untuk kesilapan Filem-filem terkini, boleh tengok kat sini..

-Babah Muiz-

No comments: