Teman-teman Setia

17 December 2010

Kek Kukus Asam Manis..


Salam semua..
Entry masak pulak kali nie..
Buat kek asam manis nie..
buatnya leceh nak melapis jer..
tp bila makan sedap jer masuk mulut..
tp yg paing best tak yah gi spa tuk wap muka bagai..
kukus jer kek nie..dpt wap muka secara percuma..hehehehe...

ari tu buat saje buat kaler merah kuning..
kekononnya kek asam manis versi selangor la..
sesuka jer letak nama..hehehe..
so..inlah hasilnya..

baru siap di kukus..

setelah di potong...
dan di sini juga ibu share resepi ye..
selamat mencuba..

KEK KUKUS LAPIS ASAM FLAKES

Bahan-bahan

1 buku butter
10 biji telur (asing putih dan telur)
2 1/2 cawan gula castor/halus
1 cawan susu pekat manis
3 1/2 cawan tepung biskut cream cracker [mesin halus]
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
Pewarna (merah/hijau/kuning)
Asam / haw flakes

Cara membuatnya
1. Pukul putih telur dan gula sampai kembang, ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan butter. masukkan susu pekat, esen dan baking powder dan tepung biskut soda.
3. Masukkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan yang kedua tadi, gaul hingga rata.
4. Bahagi kepada beberapa bahagian mengikut jumlah warna atau lapis yang dinginkan.
5. Kukus lapisan pertama, setelah masak kukus lapisan kedua dan susunkan asam manis/haw flakes di atasnya dan seterusnya hingga habis .



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails