Teman-teman Setia

07 August 2010

Pizza 'de Fieza's..


Salam semua..
Nak cite pasal masak pulak..
ari tu gi pasar malam ternampak ada org jual doh pizza..
murah lak tu..sekeping RM 2.50..
memandangkan anak bujang minat mkn western..
cuba beli sekeping dulu..klu sedap..boleh beli lagi..

so..balik umah tinggal letak topping jer..
main tabur2..letak apa yg suka..
tabur cheese..dan bakar..
hasilnya..tidak mengecewakan..
best bangat..doh pizza tu lembut jer..tak keras..
nnt2 boleh beli lagi..


sebelum di bakar..

selepas di bakar..

Bahan-bahan untuk Sos Pizza

3 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar di potong dadu
2 biji bawang putih di potong dadu
Sedikit ayam cincang ( ikut suka nak letak bayak mana )
3 sudu besar tomato puree
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
½ sudu kecil serbuk cili
½ susu kecil pepper
1 sudu kecil oregano
Secubit garam & gula

Panas minyak..tumis bawang sehingga layu
Masuk ayam sampai ½ masak..
Masuk tomato puree, sos cili, sos tomato,
Masuk serbuk cili, pepper, garam dan gula secukup rasa dan oregano
Masak hingga pekat

Untuk Topping

Sosej ayam
Hirisan isi ketam
Cili benggala hijau dan merah,
Hirisan tomato,
Sedikit mayonis
Hirisan Cendawan Butang
Keju mozarella
* letak jer apa yg korang suka..

Letakkan sos pizza..
Tabur bahan untuk topping
Letak mayonis, pastu keju Mozarella
Bakar kat oven dalam suhu 180 degree
Dalam masa 15-20 minit..


No comments: