Teman-teman Setia

13 January 2015

Two Easy Ways To Style Your Bracelet

Saya ada satu soalan, dalam banyak-banyak jenis aksesori wanita apakah yang paling anda suka? Well, kalau ditanyakan soalan ini kepada wanita pasti banyak jawapan yang kita akan dapat. Ada yang akan kata cincin, rantai leher, barang kemas, cermin mata hitam dan macam-macam lagi. Ini disebabkan industri fesyen dibanjiri dengan pelbagai koleksi aksesori untuk wanita. Terdapat begitu banyak pilihan aksesori yang boleh dipilih oleh wanita. Tidak cukup dengan itu, sangat mudah untuk dapatkan these little things di luar sana. Banyak kedai dan butik  di shopping malls, bahkan di gerai-gerai kecil di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman ataupun Petaling Street yang menjual benda-benda kecil ini. Disebabkan faktor yang samalah nilai pasaran aksesori berjumlah ratusan jutaan ringgit ataupun lebih di seluruh dunia!
Namun sekarang ini apa yang kita boleh lihat antara jenis aksesori yang paling popular ialah bracelet. Ianya menjadi kegilaan ramai wanita muda dan remaja sejak akhir-akhir ini. Malah sehingga ada tutorial bracelet wanita online yang kita boleh dapatkan di Google ataupun Youtube! Ada beberapa basic rules dalam mengenakan bracelet, namun terdapat dua yang paling mudah dan sesuai untuk digayakan semua orang.
Bagi wanita yang mementingkan elemen glamour ataupun mahu kelihatan lebih menyerlah ketika menghadiri majlis ataupun parti, bracelet seperti di atas amat sesuai untuk dipadankan dengan mini dress ataupun short dress bersama clutch dan kasut tumit tinggi wanita berwarna keemasan ataupun gold. 
Manakala untuk tujuan yang lebih santai ketika keluar bersama rakan-rakan pada hujung minggu, padankan bracelet dengan rekaan detail di atas bersama women top, seluar jeans dan kasut ala boot. This combination will totally bring out that fun side of your personality and good taste in accessorizing. 


No comments: