Teman-teman Setia

22 January 2015

Bubur nasi + sup ayam + labu + avacado

As Salam..

Kali ni ibu nak kongsikan salah satu menu utk Muhayra..
Mana tau boleh jadi rujukan untuk ibu2 diluar sana..
Alhamdulillah..sehingga kini MUhayra belum lagi makan makanan segera..
Ibu masih lagi sediakan makanan utk Muhayra..untuk bawak ke rumah pengasuh..
Di jamin bersih...dan sihat..tiada gara..gula mahu pon perisa tiruan..
Ini penting untuk tumbesaran kanak2 seusia Muhayra

Ibu idak la pandai sangat..tp sekadar berkongsi ilmu..
Ilmu yang sedikit..jika di kongsi..Insyallah bermanfaat
Ibu pon masih menggali ilmu psl pemakanan anak2 ni
lelagi bila Muhayra jenis yang suka makan..
Apa saje ibu masak..dia akan nganga..
ini buatkan lagi keseronokan ibu utk masak..


dan bg pendapat ibu la..bila kita masak makanan anak..
Kita jgn lupa untuk mencubanya..idak la byk...cukup setakat 1 sudu...
kenapa..??? emmm...saje ..hahahahahaha..biar kita tahu..sedap atau tidak..
Yg ni pon ibu try sesudu..boleh tahan rasa dia...lemak2 manis gitu..
Gabungan labu + avacado...mmg mantap...!!!!
Nak tau...sila mencubanya...


Jom intai menu ibu..
Ringkas..tp penuh berkhasiat...dan di masak dengan penuh kasih sayang..


BUBUR NASI + SUP AYAM + LABU + AVACADO


Bahan-bahan
- ayam bahagian dada dibuang kulit
- 2 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang merah
- 1 inci halia
- 2 sudu minyak zaiton
- labu dan avacado secukupnya
- daun sup

Cara2..
- panaskan minyak zaiton 
- tumiskan bawang merah + bawang putihav 
- masukkan ayam, tumis sebentar
- masukkan air dan seterusnya masukkan labu + avacado
- masak sampai labu hempuk
- tabur daun sup

* Sup sejuk bolehlah di blend..sebelum blend keluarkan halia terlebih dahulu..
dan masukkan dlm tempat yg kita buat ais
* tiap pagi ibu akan masak bubur nasi, sebelum tu ibu blend beras terlebih dahulu,
basuh beras dan masak seperti biasa
* bila beras dah menggelegak..kecikkan api..dan masukkan kib dup td dlm 7/8 ketul
* dan masak bubur nasi tadi sampai betul2 masak
* lepas masak..sejukkan sebentar dan blend..pastu tapis

No comments: