Teman-teman Setia

29 September 2012

Sorotan Bajet 2013


Sila klik untuk besarkan...

































Syukur dgn rezeki yg diberikan..

28 September 2012

Elfira Loy Tak Gentar Dengan Fear Factor Selebriti Malaysia


Program Fear Factor Selebriti Malaysia mengukuhkan lagi kedudukan Astro Ria (104) selaku Saluran Hiburan Melayu Utama di negara ini apabila bakal menemui anda di kaca tv tidak lama lagi. Ketahanan fizikal dan mental 30 selebriti tanah air seperti Dafi Ismail, Arja Lee, Elfira Loy, Roslan Shah, Kaka, Ezlynn, Johan Ashaari, Jehan Miskin, Farish Aziz, Akim Ahmad, Zoey Rahman, Mejar Dr Faiz dan Gambit Saifullah diuji melalui cabaran-cabaran yang disediakan.

Bertubuh kecil dan cilik bukan menjadi satu batu penghalang buat duta produk Maybelline ini, Elfira Loy untuk menyahut cabaran program realiti ini.

“Kita kena percaya dengan apa yang kita boleh buat. Contohnya pagi tadi, ramai yang tidak menyangka saya dapat melaksanakan cabaran rock climbing. Padahal, saya memang takut sangat dengan cabaran ini kerana ia memerlukan kekuatan tangan dan kaki. Iyalah, jika dibandingkan dengan kemampuan peserta lain terutamanya abang Jehan Miskin, sudah tentu lain kan,” ulas Elfira Loy di sidang media yang berlangsung di Batu Caves, pagi tadi.

Keteguhan pendirian Elfira Loy ini turut didokong dengan kata-kata semangat daripada ibunya kerana ia adalah satu peluang yang datang sekali seumur hidup.

“Pada awalnya memang saya takut. Tapi, ibu saya berikan sokongan supaya mencuba. Katanya, kalau tak cuba, kalau tak pergi, nanti menyesal. Setelah hampir seminggu menjalani latihan boot camp, saya akui apa yang ibu katakan itu adalah benar,” jelas pelakon ini lagi.

“Bagaimanapun, saya lebih takutkan kucing daripada ular. Saya tak suka benda-benda yang mengejar. Saya juga takut dengan badut,” seloroh Elfira lagi.


Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata, “Berbeza dengan Fear Factor luar negara, Fear Factor Selebriti Malaysia akan diuji dengan cabaran melibatkan ketingian, air, api, claustrophobia dan binatang. Manakala, cabaran tidak akan melibatkan makanan kerana ingin menjaga sensitiviti penduduk Malaysia.”

Katanya lagi, “Kesemua peserta akan diterbangkan ke Cape Town, Afrika Selatan mulai 23 Oktober – 15 November dan setiap minggu ada peserta yang akan disingkirkan.”

Menarik sekali, Fear Factor Selebriti Malaysia ini akan dihoskan oleh bintang paling popular, Aaron Aziz.

26 September 2012

Masih tercari-cari..


Salam..
Lama tak berupdate blog ibu nie..
Sunyi sepi jer..
Babah pulak ada 2,3 kali update..
Ibu..?? Masih tercari2 mood lagi...
Masih menyeru mood utk kembali berblogging..

Entah mana la mood ibu di bawa pergi..
terbang di bawa angin..
hihihihi..

walau bagaimanapon..ibu bersyukur sgt2..
walaupon lama tak berupdate sekali ibu dpt 5 BE..
TQ Nuffnang..
Rezeki..rezeki..rezeki...


Igt tak..ibu ada buat satu GA..
tp sampai skrg belum ada result..
Dukacita ibu maklumkan..
Ibu terpaksa BATALkan GA tu...
Atas arahan juri profesional..
Ibu minta ampun byk2...
harap maklum...

OK la..
cukup kut tuk ari nie..
Insyallah.. Pjg umur kita bersua kembali..


i

10 September 2012

Padah tiru Video Gangnam Style


El Monte – Sekumpulan penyelamat kolam renang di sini menyangka usaha mereka beraksi menggunakan rakaman video rap muzik Korea Selatan akan mendapat pujian, tetapi sangkaan mereka meleset.

Majikan mereka tidak bersetuju dengan usaha itu dan memecat 14 penyelamat kolam renang berkenaan yang bertugas di sini, minggu lalu.

Diberi tajuk Lifeguard Style, video lebih dua minit itu meniru gaya bintang pop Psy yang mempersembahkan Gangnam Style, rentak sensasi internet tahun ini.Dalam aksi mereka, 14 penyelamat itu memakai pakaian renang merah dan meniru gaya Psy serta menyapu krim kulit sesama sendiri.

Dalam satu aksi yang disiarkan YouTube, seorang daripada mereka menari dengan seorang rakan di celah kangkang.

Disifatkan tak senonoh

Ketua mereka nyata tidak memberi sokongan atau terhibur dengan gelagat mereka dengan menyifatkan ia tidak senonoh dan memalukan, kata salah seorang penyelamat terbabit, Gabriel Gonzalez kepada NBC.
Pihak berkuasa perbandaran pula menjelaskan, kumpulan penyelamat itu bersalah menggunakan harta benda awam termasuk kolam renang dan pakaian mereka untuk kegunaan peribadi, menurut laporan.

Penyelamat terbabit yang mahu bekerja semula di tempat sama sudah mewujudkan laman web di Facebook berjudul Bring Back The El Monte Aquatic Center 14, yang sudah mempunyai 584 peminat dan mendapat tandatangan sokongan hampir sama.

“Kami rasa tidak adil kena pecat menggunakan alasan itu”, kata seorang lagi penyelamat, Alexander Huerta kepada CBS.
Setakat ini, lebih 359,421 sudah menonton aksi penyelamat terbabit di YouTube.
Bagi muzik video asli pula, 129,650,081 sudah menonton aksi penyanyi Korea Selatan itu.
Nama sebenar Psy ialah Park Jae Sung. Lagunya adalah satu komentar mengenai sikap kebendaan melampau di Korea Selatan ketika ini.
Lagu Psy kalahkan Bieber
Sambutan hangat lagu itu dilaporkan lagu Baby yang disampaikan Justin Bieber dan lagu Rebecca Black, Friday.

Selain itu, Psy dan penerbit album Bieber, Scooter Braun, memeterai perjanjian untuk menghasilkan lagu bersama dengan Braun menyiarkan video pendek mengumumkan rancangan mereka bertujuan membolehkan artis Asia itu yang pertama dari Korea untuk mencatat rekod baru nyanyian di Amerika Syarikat. – Agensi



Original post :
http://kudinstory.blogspot.com/2012/09/padah-tiru-video-gangnam-style.html

 

06 September 2012

Nokia Fail lagi...


Nokia pernah menjadi pojaan hatiku... Sekarang buat iklan pon boleh terfail... Perkara yang tidak sepatutnya berlaku... Tengok iklan sebenar di bawah.. Kononnya gambar video yang jelas ini diambil dengan menggunakan Nokia Lumia 920 dengan teknologi baru yang dinamakan 'PureView'... Sedangkan rakaman sebenar adalah menggunakan Kamera berdefinisi tinggi... Lihat di tingkap (Windows) reflection orang di dalam Van mengambil gambar sebenar dengan kamera besar...



FAIL again..

  

04 September 2012

Family KAMI di Aidilfitri..


Salam Adilfitri..
Nie pulak seisi bergambar bersama keluarga pulak..
Pagi raya berbaju baru..
haruslah ada seisi bergambar..


Ini Ayahda dan Bonda tersayang..
merangkap Atok & nenek MUIZ..


KAMI yg 6 beradik..
5 perempuan..1 lelaki..
Muka KAMI nie lelainkan..??


Nie la satu2 nya bujang KAMI..
manjanya..ngalah MUIZ..


Nie family Mak Ngah MUIZ..
Tema Biru tahun nie..
 

Nie Family Mak Lang MUIZ..
Pinky tahun nie..



Menantu yg Mithali..



Family Bahagia KAMI..



03 September 2012

Aidilfitri KAMI 2012


Salam..
Masih tak terlambat tuk ucapkan Salam Aidilfitri buat semua umat Islam..
Ari nie dah 16 syawal..ibu baru nak upload gambar raya KAMI..
Dan insyallah..ibu berpuasa 6 start ari nie..dan ibu harapkan ibu dpt abis kan utk 6 ari..
babah MUIZ pon ikut gak ibu berpuasa..

OK la..berbalik pd tajuk..
Inilah raya kami pada tahun ini..
Bertemakan kaler Ijau..pilihan babah MUIZ..
Ibu turutkan saje..mmg tahun nie..ibu serahkan bulat2 pd Babah MUIZ..
tuk pilihan kaler pd tahun ini..ibu tukang setuju jer..
hihihihi..

Dan Aidilfitri tahun nie..
Masihberaya di kg. ibu dulu..
Lepas solat raya..baru gerak ke kg. babah pulak..



KAMI di pagi Aidilfitri..
Ku Lihat HIJAUUU..


Bujang KAMI yg makin Handsome..


KAMI berpossing lagi..


Kasih Nan Abadi..untuk selamanya..


MUIZ dgn Atok & Nenek..

OK la..
tahun nie sama mcm tahun2 yg lalu..
tp lebih bermakna dgn kehadiran MUIZ..
Persiapan hanya tertumpu pada MUIZ..
Ibu & Babah  hanya bersederhana saje..
Yg penting Anak happy..

Next Entry..
Gambar Family pulak..





02 September 2012

Berhati-Hati Di Bilik Karaoke

Lain kali berhati-hati semasa berkaraoke.. huhu..