Teman-teman Setia

25 May 2010

Go Go Green Cutest Baby Contest by Mama_Aqish


Assalamualaikum...
Tomeinya Aqish...

Nama : Muizuddin Haqimi bin Hisamudin
Umur : 1 Tahun 3 Bulan
Tarikh Lahir : 17 Februari 2009

Ibu terjumpa contest anjuran Mama Aqish & MamaPapa Aqish & atas tajaan ManjakuSayang Collection kat Blog Nana..
Jadi teringinlah jugak nak join... Sesiapa nak join contest ni, boleh klik sini...

4. Ceritakan sedikit ape kenapa anda menjadi Follower & suka terjah Blog Mama_Aqish & sejak biler anda kenali Blog Mama_Aqish ni??
Untuk soalan No. 4 ni, sejujurnya Ibu baru je jadi Follower... dan semata-mata nak join contest ni.. Jangan Marah ye Mama Aqish... Tapi Sekali belek, punya belek, punya belek... Terus jatuh cinta.. hehe..

Muiz menang Wawa Giveaway...

Assalamualaikum...
Alhamdullillah... Baru first time join giveaway, dah dapat nombor dua... Bersyukur sangat... Ini semua penangan 'Killer Smile' daripada En. Muiz untuk Cik Wawa... Sesiapa yang join giveaway ni boleh tengok sini untuk senarai pemenang...
Tersangat la suka dan gembira, sampai tak tau nak cakap dah... Thanks pada juri yang memilih En. Muiz kami ni... Ni yang semangat lagi nak join giveaway ni...

Susu dah naik harga.!!!!

mintak ampun..pinjam gambar jap ye..

semalam dah gajikan..
so..balik keja terus beli stok susu tuk MUIZ..
Selalunya beli kat kedai borong jer..
sbb jauh lg murah berbanding ngan kat pasaraya..

Alih2 semalam..tokey kedai kata harga dah naik..
cuma...dia masih jual harga lama..
MUIZ minum Susu Anmum Essential langkah 3..
Selalunya 2 peket dlm satu kotak..harga kat kotak RM 45.90..
tp..kat kedai borong tu jual baru RM 41.90..

Tp semalam harga kat kotak RM 50.50..naik dlm RM 5.00 tu..
nasib baik tokey tu masih bg harga lama RM 41.90..
sambar 2 kotak sekali gus..bermakna = 4 peket..
siap tanya tokey kedai lg..
dia nak jual bape..? tp tokey kedai tak bg jawapan lg..
dia tgh kira2 katanya..

kekadang bila fikir balik..untung sapa yg breastfeeding nie..
jimat belanje..apa2 pon tak kisah la..
ibu tetap beri yg terbaik tuk anak ibu..


Cuti Ari Nie..








18 May 2010

Hati Panas..

nak cite psl mlm nie..
Td lepas Isyak kuar gi Mydin Sek. 18 shah alam..
igt lepas tu nak dinner la kedai mamak sebelah mydin tu..

aku dok kat situ hampir 10 minit..
satu org pon tak mau ambik order..
hangin jer la..
mamak2 at situ boleh tolak2 sesama dorang pulak..
ada yg berborak buat tak tau jer..
lelama aku angkat bontot la..
dah la lapar..dia org buat tak tau jer..
sampai kat boss dorang aku komplen la..
dr jauh aku dengar boss dioa dok marah kat anak buah dia..
ADA AKU KISAH...!!!!

hancur harapan nak bg MUIZ mkn fish n chip..
takpe la MUIZ..lain kali ibu bwk mkn tempat lain..
MUIZ kenyangkan mkn nasi goreng cina td..?
byk Muiz mkn..Alhamdulillah..

My Family's Sweetest Moment @sweetomoide Contest



dan inilah dia gambar yang kami pertaruhkan...
klik sini untuk paparan lebih jelas...

(Dari Kiri) Fieza (Ibu Muiz), Babah Muiz, Muiz, Atok, Mak Usu, Pak Tam, Nenek, Balqis, Mak Lang, Pak Lang, Pak Ngah, Tisya dan Mak Ngah.

Gambar ini diambil sempena Majlis Hari Lahir Muiz yang pertama pada 20 Februari, 2010. Semua gembira dan bersyukur sangat pada masa ni kerana Majlis berlangsung dengan jayanya. Mcm2 gaya ada..semuanya memberi kerjasama..atok dan nenek pon sporting gak..

Sorotan - Menganggur tapi Kaya! Hanya di Britain..

14 Mei, CARDIFF - Seorang bapa kepada tujuh orang anak, Peter Davey enggan bekerja kerana dia menerima pendapatan lumayan menerusi hasil elaun sara hidup golongan penganggur kerajaan Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun dia dan isterinya, Claire, 29 menganggur, elaun sara hidup lebih £42,000 (RM207,765) setahun yang diterima mereka mencukupi untuk keluarga itu tinggal di rumah berkembar dan memiliki sebuah kereta Mercedes Benz selain sebuah kenderaan pelbagai guna.

"Mengapakah saya perlu bekerja kerana jika saya bekerja, saya belum tentu memperoleh pendapatan sebanyak ini, lebih baik kami menganggur," kata Peter, 35.

Di rumah berkembar mereka di Isle of Anglesey itu, keluarga tersebut memiliki televisyen skrin rata besar, sebuah permainan video Wii, tiga permainan video Nintendo dan sebuah komputer di samping empat telefon bimbit.

Namun, dia dan isterinya yang kini mengandung anak kelapan, masih tidak berpuas hati dengan elaun kebajikan tersebut dan mahukan kerajaan menaikkannya ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.

17 May 2010

MUIZ - 15 Bulan

terima kasih Ya Allah..di atas kurnian mu yg besar nilainya..

Bila nak susu..Muiz akan ambik botol susu..tunjuk kat ibu atau babah...
bila nak tido..muiz akan pergi kat buai..sambil pegang bantal bucuk dia..
bila rasa lapar..Muiz akan berdiri kat meja makan..sambil tgn tunjuk tong biskut..
bila ajak jalan..Muiz akan ambik sandle dia..bg kat ibu..
atau pon muiz ambik tudung..dia suruh ibu pakai..
Bila nak tgk TV..Muiz bg remote kat ibu..
itulah antara perkembangan MUIZ..

dan genap 15 bulan ari nie..
Ibu dan babah bwk Muiz gi Gunting rambut..
kali nie..takde fesyen2..sodok jer..
sbb Muiz meraung bagai nak pecah kedai gunting..
tp yg kelakarnya..
masuk jer dlm keta..boleh pulak gelak2..
hish! anak bujang ibu nie..malu jer la..

Mempersembahkan...
budak meraung kat kedai gunting rambut..
masa nie dah siap mandi...tak sempat pon nak mabik gambar masa kat kedai..
dah tu...dok meraung mcm kena cubit..
sampai mengelabah mamak kedai tu..puas dia pujuk...kelakar betul..!!!







abaikan la umah ibu yg berselerak tu..
kemas kejap..dah sepah balik..

Maafkan Ibu..


Ibu nak minta maaf byk2 kat babah..
ibu sebenarnya takde niat nak buat babah mengalirkan air mata..
sungguh!! takde niat langsung..
tujuan ibu..nak cuba resepi baru...tak sangka pulak..
ianya kebetulan..

semalam..masa bekfes ibu masak nasi lemak..
sambal dia ibu cuba resepi yg member ibu ajar..
tgh makan..babah kata..sambal yg ibu masak..
tak ubah mcm sambal arwah mak..
masa babah makan...ibu tgk air mata babah mengalir..
babah kata..babah rindu masakan arwah mak..

Ya Allah...daku takde niat nak sentuh hati babah..
tujuan ku..nak gembirakan babah..
bukan nak buat babah sedih..
babah, klu ibu salah..ibu minta maaf ye..
maafkan ibu..

Happy Teachers Day..


jasa mu amat ku kenang sampai bila da hingga akhir hayat ku..
Guru umpama lilin...menerangi hati insan lain..
dan sanggup membakar diri demi kejayaan insan lain..
tima kasih guru..amat besar pengorbanan mu..

- Guru2 di Sekolah Keb. Sg. Selisek
- Guru2 di Sek. Agama Rendah Sg. Selisek
- Guru2 di Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek..

Untuk Babah Muiz pulak...

- Guru2 di Sekolah Kebangsaan Mempaga 1
- Guru2 di Sekolah Menengah Kampung Sertik
- Guru2 di Sekolah Menengah (Vokasional) Tg. Ampuan Afzan, Bentong
- Lecturer2 di UTMKL, Jln. Semarak.
- Lecturer2 di UiTM, Shah Alam.
-Lebih-lebih lagi Pn. Habsah, En. Yunus, dan lain-lainnya..

Pengorbanan mu kami sanjung tinggi..jasa mu tetap di sanubari...
Semoga dapat naik gaji..



16 May 2010

CONTEST KASIHNYA ATUK

--> CONTEST KASIHNYA ATUK.
Nak join, klik sini ... Senang jer.. Tarikh tutup 5 Jun, 2010.

Ini gambar yang kami pertaruhkan...

Gambar ni diambil semasa Birthday Muiz yang pertama.. Atuk sanggup datang dari kampung untuk meraikan Birthday Cucu kesayangan dia nih.. Muiz jadi cucu kesayangan atuk sebab Dia la satu-satunya cucu lelaki dia buat masa ni... Terima kasih atuk... Muiz sayang atuk..

CONTEST! : CABUTAN BERTUAH, MENANGI RM50!

Jom join Cabutan Bertuah...
Untuk syarat-syarat penyertaan, klik sini...

CONTEST DAD'S SPECIAL MOMENT


Photobucket
Klik sini untuk syarat-syarat penyertaan...

Hadiah ditaja oleh MAZcollection

TARIKH TUTUP IALAH PADA 11.30 MALAM 30.5.2010..

Berikut Gambar yang kami pertaruhkan... Insyaallah ada rezeki...
Masa ni Babah Muiz baru sahaja memandikan dan memakaikan baju Muiz. Inilah pertama kali Babah memandikan seorang bayi yg baru lahir..setelah hampir 5 tahun menunggu seorang cahaya mata..walau sedikit gentar, tp Inilah tanda kasih seorang Babah kepada anaknya Muiz.. Ketika ini, Muiz baru berusia 14 hari... Lepas mandi..babah berborak ngan anak terunanya..sempat gak ibu mengambil gambar..begitu touching dengan gambar nie.. sampai tak sedar air mata ibu mengalir..

15 May 2010

~Makan kat Kenny Rogers~

Cite lama nie..masa ari isnin ari tu..
baru nak cite..masa nie gi makan kat kenny rogers kat Plaza Alam Sental, shah Alam..
Masa nie Muiz demam..oleh keranan Muiz demam..
kononnya nak bagi Muiz seleralah cikit..bwk la dia gi makan kat Kenny nie..
sbb Muiz suka makan macaroni & cheese..
tp...dah demamkan..alih2..ibu ngan babah yg kenyang..
ada la cikit Muiz jamah..
Esoknya keluarlah campak Muiz..Muiz kena demam campak yg jenis halus tu..
kini dah beransur sembuh..alhamdulillah..
so..jom layan gambar..gambar tak memuaskan..pki henset jer..


budak demam..muka ada senyum...

Muiz ngan Babah..

Anak Bujang ngan Ibu Pulak..

Senyum mu penawar duka ku..

Nie set untuk Ibu..

Nie set tuk Babah..

Air untuk kami bertiga beserta Muffin Coklat..



Lunch Ari Nie..

Klu rajin..masak ler..kalau MALAS..tapau jer ler..
Ari nie terrajin masak..dan terrajin ambik gambar..
Kalau idak tu..lepas makan..terus ngap jer...

Menu ari nie simple jer..
Janji kenyang..dan yg paling penting..mudah di masak..
dan memerlukan bahan2 yg simple..apa yg ada kat umah jer..
ada lauk tuk Muiz..ngan babah..dah cukup..
lagi2 masak lak feberet babah..laju jer menambah nasi..
Ok la..maleh nak cite pjg2..tgk jer ler ga,bar yg seberapa tu..hehehe..
kali nie..Ibu Muiz sertakan sekali ngan resepi..
special buat Mak Lang Muiz..masak tau..
Nnt dah masak..boleh jemput datang umah..


Sotong Goreng Kunyit Black Paper
Bahan-bahan :-

- Sotong (apa2 haiwan pon boleh..janji HALAL di makan...) perap ngan serbuk kunyit..klu pakai ayam..goreng terlebih dahulu..
- 2 biji bwg besar, 2 ulas bawang putih dan sedikit halia (di hiris halus)
- sayur-sayuran..potong ikut suka..
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu serbuk lada hitam..nak pedas..letak byk2..
- 1/2 sudu serbuk lada putih..
- bahan perasa..garam, gula dan pak aji..

Cara-caranya :-

- Tumis bawang besar, putih dan halia sehinga layu..
- masukkan sotong..gaul sebati..
- masukkan serbuk lada hitam, lada putih dan sos tiram..
- bila agak2 sotong dah mula nak masak..masukkan segala sayur2sayuran
- gaul sebati dan tambah bahan perasa..
- siap la..dan sedia tuk di hidangkan..


Ikan Bawal Sweet Sour ( utk MUIZ nie..)

Bahan-bahan :-

- Ikan Bawal di garam dan di kunyit
- Sos cili
- 1 ulasbawang putih, 1 biji bawang besar dan sedikit halia
- bahan perasa..garam, gula..

Cara-caranya :-

- Ikan di goreng dahulu..
- pastu tumis awang dan halia..
- masukkan air sedikit untuk kuah..
- masukkan sos cili
- tambah bahan perasa dan masukkan ikan yg dah di goreng td..
- gaul sebati
- SIAP!!!

Oleh kerana lauk nie tuk MUIZ..
so..takde cili ya puan2..


Sardin Tumis Cili Api

Bahan-bahannya..

- sardin dalam tin apa2 perisa la..ibu guna cap ayam..
- Cili api ikut pedas..
- 1 biji bawang besar, 1 ulas bawang kecil
- sedikit belacan
- 2,3 biji limau kasturi
- bahan perasa..garam..gula..

Cara-caranya :-

- Tumbuk cili api, belacan dan bawang
- Tumis hingga garing
- Masukkan sardin dan perahkan asam limau
- Tambah bahan perasa..
- Gaul sebati..masak hingga betul2 masak..
- sedia untuk di hidangkan..