Teman-teman Setia

18 March 2015

Koleksi Tudung Murah & Trendy

Kalau sebut sahaja pasal tudung, pasti ramai yang tercari-cari koleksi tudung murah online dan trendy lebih-lebih lagi bagi mereka yang lebih mementingkan rekaan tudung berbanding harga. Kadang-kala anda tidak perlu berbelanja lebih untuk memiliki koleksi tudung yang berkualiti dan trendy. Kini, terdapat banyak jenama-jenama pengeluar tudung yang masing-masing menawarkan koleksi tudung online yang menakjubkan.


Bila bercakap mengenai ‘tudung murah’, mengikut perkiraan anda, berapakah harga sehelai tudung yang boleh dianggap sebagai murah? RM10? RM20? Well, I would say koleksi tudung yang dijual pada harga RM50 dan ke bawah boleh dikategorikan sebagai tudung murah.


And how about tudung trendy? Trendy atau dengan kata lain mengikut trend terkini. Kalau anda perhatikan, koleksi tudung murah tersebut juga boleh ditemui dalam pelbagai pilihan warna dan rekaan yang cukup ‘in’ trend.



Jadi, untuk apa berbelanja lebih jika kesemuanya boleh anda miliki dengan harga yang murah? Apa yang penting, pakailah tudung yang selesa dipakai dan mudah untuk digayakan. 



16 March 2015

Spaghetti Goreng Pedas

As Salam..

Lama tak update entry pasal masak..
Kali ni nak share satu menu yg amat simple...
Balik keja ari tu..terasa sgt lapar..
Balik terpandang spaghetti terus buat goreng pedas..
syik buat bologness je kan..
Sesekali tukar style plk..

Dah nama tekak melayu..mesti nak pedas..
haa..ambik kau..mmg pedas..
dah guna cili padi kan..mana tak pedasnya..
Berair2 mata mkn..
tp sodap bak hang...



Tgk gambar sudah terliur sudah...


Ni ibu sertakan resepi dia sekali..
Silalah mencubanya ye..

p/s update laju2 ko..lunch hour nak abis dah...
Jumpa lain entry...

02 March 2015

Throwback ~ 17/2 abang genap 6 tahun

As Salam..

17 Feb 2009 ~ 17 Feb 2015
Lahirlah putera yang di nanti..
mengisi kekosongan lara hati KAMI yang kosong selama 5 tahun lamanya. 
Akhirnya gelaran itu milik KAMI.. 
hidup KAMI telah disinari cahaya dari Ilahi dan kehadirannya membawa sejuta rezeki...

Diberi nama Muizuddin Haqimi membawa maksud Pendokong agama yang bijaksana.. 
Selamat Hari Lahir Yang ke-6 Abang..
semoga dipjgkn usia..sihat tubuh badan dan semoga segala kebaikan buat mu.
.dan sentiasa berada didlm rahmah Yg Maha Esa..
Ibu dan babah sentiasa mendokan yang terbaik untuk Abang.
 Kasih,sayang,dan rindu ibu untuk hari ni,esok dan selama2nya..

huhuhuhu...touching ibu..
Sgt2 sebak bila dikenang..
Cpt benar masa berlalu..sedar tak sedar..
Arjuna KAMI dah berusia 6 tahun..tahun dpn dah sekolah rendah..



Sambut kat umah je..nnt kita sambut kat sekolah pulak..



Kek ultaman....besar dah bujang KAMI..
Tema kek pilih snediri...


Abang dan adik..Anugerah buat KAMI


Ibu pon nak tumpang bergambar gak...


Hadiah Kanan babah bagi..
Hadiah kiri ibu bagi..
Senyum meleret..suka dpt hadiah,,




24 February 2015

Teething Rusk For Muhayra ~ Roti Bakar + Jem Kurma + Kismis


As Salam

Lamanya blog ibu ni terbiar sepi tanpa khabar berita
Tak berkesempatan nak update..lagi2 bila line tak clear..
Dulu ibu dok dlm bilik kat opis...skrg dah dok luar..so..membataskan utk update..
Ni time rehat..bolehlah update ckit2..
Ibu pon rindu nak memblog..

Kali ni ibu nak cite psl  teething rusk..maklumlah..
Anak dara ibu dah ada 4 btg gigi..ari2 sebuk nak asah gigi dia..
Sbeuk nak mengunyah..
Ibu pon buat roti bakar..ke main suka dia..
Sehari ibu bekal kat umah pengasuh 4 slice..buat breakfast
Senyum simpul anak dara ibu..



Bahan2..
- roti whole wheat
- butter unsalted
- Jem kurma + kismis homemade


- Potong roti 4 bahagian
- sapu butter dan sapu jem kurma + kismis
- dan bakar sampai roti agak garing
- ibu guna pemanggang ajaib je..malas nak keluarkan oven


Dah siap..
Simpan dalam bekas kedap udara...boleh tahan dlm 4,5 hari..


Kenapa ibu gunakan roti whole wheat..???
jika anak anda baru nak cuba roti...elok gunakan roti whole wheat..
Kerana ianya lebih berserat dan kurang sembelit..
Roti putih lebih kenyal dan padat..dan boleh membuatkan anak anda sembelit.

Camna nak buat jem kismis + kurma homemade..??
Senang saje..

kurma rendam air panas dlm 1 jam..buang kulit + biji 
dan blend dgn sedikit air + kismis +butter..
dah siap..simpan dlm freeze.. 


23 January 2015

K.E.C.U.A.I.A.N

As Salam

Kisah ni terjadi masa tahun baru hari tu..
KIra entry throw back la ni..
Kecuaian diri sendiri...
Malang tu kan tak berbau..
huhuhuhu..
Dah la masa tu..babah gi perarakan Maulidir Rasul..
Tahan sakit sendiri la..dgn uruskan anak lagi..
Dengan tangan pedihnya..
Yg Muhayra pulak..asyik nak gi korek je tangan ibu yg tgh berdenyut ni


Tangan ibu ni terkena bubur Muhayra yg tgh asyik menggelegak dlm periuk..
Masa tu dok leka layan fb..pastu teringat yg bubur adik tak kacau lagi..
Gi dapur kacaulah bubur Muhayra..entah mcm mana..tgh ibu syok kacau bubur..
Satu senduk boleh tersiram kat tangan kiri..
Periuk yg ibu guna utk masak bubur adik ni..
Ada pemegang..so masa kacau bubur..tangan kiri dok pegang pemegang periuk..
tangan kanan yg kacau bubur..lepas tersiram..boleh pulak tak tau nak b uat apa..
terus gi sinki..siram tangan guna air..tak terfikir langsung apa nak buat..
masa tu..pedih usah ckp..dgn bubur yg masih terlekat dekat tangan yg sakit tu..
Terus ambik ubat..terus sapu..tahan air mata je masa tu..
Kenanya mmg cikit..tp azab dia...tuhan yg tahu..



ni masa memula kena..baru lg..dlm 5 minit gitu..
tak berapa nampak lagi..


lepas 3 hari..


lepas seminggu...
Masa ni dah strat gelembong dah..


ni keadaan sekarang..kulit yg melecur tu dah terkopek..
tinggal parut..


Pasrah dgn apa yang berlaku..
Ujian kecil buat ibu..
Sakit itukan penghapus dosa-dosa kecil...
Lepas ni kena beringat dan lebih berhati2..
Tp biasalah kan..dah nama pon org dapur..klu takkena minyak panas ke..
Tak kena kuali panas ke..mcm tak sah pulak
Konon kan..mcm lah terror masak..sbb tak terror la..kena camni..
hahahahaha..