Teman-teman Setia

30 August 2012

Samsung Bayar Denda Apple $1 Billion dengan Duit Syiling 5 Sen!






CALIFORNIA - Ibu pejabat Apple pagi tadi telah menerima lebih 30 trak syiling 5 sen. Pada mulanya, syarikat keselamatan yang menjaga fasiliti itu berkata ia telah dihantarkan ke tempat yang salah, namun Tim Cook yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Apple menerima panggilan dari Ketua Pegawai Eksekutif Samsung menjelaskan bahawa mereka akan membayar USD $1 billion sebagai denda yang diperintahkan mahkamah baru-baru ini dengan cara ini.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata "dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah atau cara pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk membayar USD $1 billion kepada pencipta iPhone itu dengan cara yang kami fikirkan terbaik."

Tindakan yang kotor tetapi genius dari Samsung itu telah membuatkan eksekutif Apple dalam keadaan runsing apabila mereka terpaksa memohon untuk mengira semua wang itu bagi memastikan duit itu cukup. Kemudian pihak Apple terpaksa mendepositkan jumlah syiling 5 sen itu kepada pihak bank dengan harapan pihak bank akan menerima permohonannya.

Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata lagi, syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

"Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang," tambahnya lagi.

Pihak Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai 20 billion syiling 5 sen tersebut


*Kemungkinan Besar Berita ini adalah PALSU... Kerana apa?? Cuba baca artikel ini... http://daily.bhaskar.com/article/SCT-NEWS-rumors-saying-samsung-pays-apple-1-billion-in-30-trucks-full-of-5-cents-coins-is-a-hoax-371.html
Sekiranya berita ini menjadi kenyataan, Wooww... Memang terbaekk la...

27 August 2012

Barang tiruan yang FAIL...























































31 July 2012

Berehat Sebentar..


Salam Ramadhan semua..
Ari nie masuk hari ke - 11 umat Islam berpuasa..
Kejap jer masa berlalu..
Ramadhan kali ini ibu disiplin kan diri..
berbuka tak minum ais..dan tak minum air bergula..
Minum Air suam jer..
Tp bila blk kg.. Takde maknanya disiplin
hihihihi..
Dah terhidang depan mata..
Apa lagi kan...

Ramadhan kali nie ibu byk masak dr membeli..
Tapi.. Blog berehat sebentar tayang gambar masakan..
tak berapa elok..
Buat Kata Ustaz AZhar Idrus....



Nanti2 la..Ibu post gambar masak2 ye..

Selamat Berbuka Puasa semua..




23 July 2012

Ahlan Ya Ramadhan



Salam Semua..

Ari nie masuk ari ketiga seluruh umat Islam berpuasa..
Di kesempatan ini..
Family Fieza & Co..mengucapkan
Selamat berpuasa kpd semua umat islam tak kira di mana jua berada..
Semoga kedatangan ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan untuk kita semua..

Maafkan segala keterlanjuran sepanjang ber blog nie..
dan..
Semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna..




06 July 2012

Menang @ Rawang Burger Bakar

Assalamualaikum...
Kali ni Babah pulak nak cerita pasal kami menang @ Rawang Burger Bakar Facebook... Mungkin ramai jugak pengunjung yang dah baca pasal pengalaman kami first time makan RBB di sini... Sangat teruja bila Tokeh Besar RBB (Roy) bagi Message kami menang Contest Minggu ini...

Dipendekkan cerita, saya pun menghubungi Roy dan lepas tu  Halim, tokeh RBB Seksyen 23 Shah Alam. Alhamdullillah, kami menang 5 jenis burger daripada 10 menu yang terdapat di RBB. Pukul 8 mlm kami pon bertolak ke RBB Seksyen 23 Shah Alam yang terletak di Nasi Ayam Tat yang bersebelahan sahaja dengan Carefour Shah Alam. Sesampai sahaja, Alhamdulillah dah siap dah tempat kami. Tak sampai 5 minit, sampai dah Burger-burger yang kami menangi... Memang terbaeekk... Kami dapat burger-burger seperti di bawah...

 Dan kalau ada yang nak Zoom lebih dekat, ni ha dia...

 Ni Burger Chicken Pop.. Memang terbaik rasanya bagi penggemar Ayam...

 Yang ni pulak Double Riang... Sesuai dengan namanya, Keriangan berganda...

 Yang ni pulak Hot Shot... Kalau makan ni je mesti tak puas.. Mesti nak lagi... hehe..

 Yang ni pulak Ombak Rindu.. Lepas makan terindu-rindu... 

 Dan Raja semua Burger.. KLCC.. Dengan Susunan 3 Daging.. Amaran, jangan makan sorang.. Nanti tak larat nak merasa Burger lain.. hohoho...

 Keluarga Kami.. Yang tak dapat datang Pak Ngah kerana terpaksa mengajar pulak malam tu...

 Ibu tengah melayan Muiz.. Muiz pon nak makan jogak...

 Sempat melawat tempat pembakaran Burger... 

 Pengendali Burger di sini memang Otai.. Terbaeekk...

Tokeh RBB Seksyen 23 Shah Alam.. Bro Halim...
Thanks bro... Len kali kalau kitaorang beli Burger, boleh dapat diskaun tak? hehe...

Kesimpulannya.. Memang terbaik la.. Semua burger hampir habis di situ jugak.. Kalau tak pasal teringatkan Pak Ngah Muiz, memang selesai kat situ jugak la.. Thanks Roy.. Lain kali pilihlah kami lagi sebagai pemenang... Terbaeeekkkk.....