Teman-teman Setia

03 December 2011

Prosperity Burger Kembali lagi..


Salam semua...
tadikan Ibu MUIZ dpt sms..
Sms dr Mc'D..
Pasal burger yg jadi kegilaan ramai nie la..
yg kuar hanya setahun sekali....
Apa lagi kalau bukan Prosperity Burger...
Ianya Sudah kembali lagi..

Ibu mmg fanatik abis kat burger nie..
sama la jugak ngan babah..
klu boleh nak makan ari2..
hihihihi..

Rasa daging yg lembut tu..kena pulak ngan sos lada hitam..
mmg betul2 terbaik...
Pedas2 pon tetap nak tuang cili sos lagi..
Kecur air liur rasanya..
Harus kena gi beli nie..

Kengkawan semua..
minat tak ngan burger setahun sekali nie..?


02 December 2011

Ikan Goreng Kunyit Versi Pedas

Salam semua..
Malam nie nak cite pasal masak pulak..
Masak malam nie pon simple jer..
Cuaca sejuk2 mcm nie..perut mmg mintak diisi..
Masak simple2 pon..laju jer menambah nasi..
hihihihi..

Seperti biasa..
Ibu buat sejenis lauk jer..
Mudah, Senang dan cepat di makan..



Lauk kami malam nie..
Ikan Goreng Kunyit Versi Pedas
Makan dgn nasi pepanas..tuang kicap..
Memang marbeles..
berpeluh tu...

IKAN GORENG KUNYIT VERSI PEDAS

Bahan- Bahan..

- 2 ekor ikan [Ibu guna Kembung]
- Black Paper Powder, White Paper Powder
- Serbuk Kunyit dan garam..
[gaul semua dan perap dalam 15 minit]
- Cili Api [ikut nak pedas mana] + Sedikit belacan [di tumbuk]
- 1 biji Bawang Besar, 2 ulas bawang putih
- 1 keping asam keping
- Sayur2an yang di gemari..ibu letak carrot, cendawan tiram, baby jagung dan bunga kobis

Cara-cara..

- Ikan yg dah di perap,goreng sampai garing..dah garing ketepikan dulu..
- Tumis bawang merah, bawang putih..dah layu masuk bahan yg di tumbuk
- masak sampai garing
- Masukkan segala sayur2..klu kurang kunyit...taburkan sebuk kunyit cikit lagi..
- sayur dah hampir layu..masukkan ikan dah di goreng tadi..
- Masukkan Asam Keping,perasakan dgn garam..dan sedia untuk di hidangkan..

...SELAMAT MENCUBA...





Perkara Sunat Pada Hari Jumaat..



Salam semua..
Ari nie ari Jumaat..
Penghulu Segala Hari..
Bersyukur atas nikmat yg di kurnia Ilahi...
Ibu nak kongsi sedikit ilmu untuk pagi yg indah nie..
iaitu..


Perkara Sunat di lakukan pada ari Jumaat..

  • Mandi
( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud :
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
  • Menghias dan pakai Wangi-Wangian
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.”
  • Memotong Kuku
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • Membaca Surah Al-Kahfi
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.”
(Riwayat Al-Baihaqi)
  • Memperbanyakan Doa
Sabda baginda yang bermaksud :
“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.”
(Riwayat Muslim).
  • Berselawat
Sabda baginda yang bermaksud :
“Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”

RENUNG-RENUNGKAN
DAN
SELAMAT BERAMAL


01 December 2011

Untuk Makluman Semua..

Salam..
Untuk makluman semua..
Ibu MUIZ dah ada blog baru tau..
Blog yg hanya di khaskan untuk sertai GA / Contest...



pada sapa2 nak tag ibu join GA..
Sila tag di blog baru ibu tau..

Nanti boleh klik pada gambar di atas..
TQ..
love yo all..
MMMuuuahhhh...



Dugaan...


Salam semua...
Berat nak gi keja td..lelagi masa nak antar MUIZ gi Taska..
Sian tgk MUIZ..dah la tak berapa sihat..
Merengek gak la pagi td..
Kat umah ibu dah siap bg ubat..dah pesan kat Cikgu..
Klu badan MUIZ panas..call ibu cepat2..

Sampai kat opis..
takde air pulak..
Kena pergi tingkat lain pulak klu ada hajat..
Ish! Ish! Ish!..

Nak minum pon takde air..
Kena pulak gi beli air mineral tuk minum..
Dah la ibu kuat minum air..
klu tahu bwk dr umah jer..

Emmm...semua tu DUGAAN...