Teman-teman Setia

22 August 2010

Beri Laluan..Kenderaan Berat Nak Lalu..


letih memanjang..lepas bkk posa..
mata pulak kuyu jer..
last2..layan MUIZ main jer..

kekadang MUIZ buat ibu gelak sampai tak igt dunia..
MUIZ suka buat ibu tersenyum..
bahagia sgt rasanya..

Masa nie tgh layan MUIZ main keta..
tak sedar masa berlalu..
masa beli..kaki MUIZ tak sampai lg nak jejak..
tp sekarang ke main laju lagi dia main..
ke sana..ke sini..


siap buat peace lagi..walaupon tak beraba jadi..ibu tetap bangga nak oii..hehehe..

tepi...tepi..MUIZ nak lalu nie..

hello..keta takde minyak..sila antar bantuan dgr segera..

takde org jwb...mkn tepon lagi bagus la...



20 August 2010

Perompak Terlekat Celah Tingkap

-
-
-
-
-
-

LONDON: Seorang penganggur tersepit dan terperangkap di tingkap selama hampir enam jam apabila cubaannya mencuri bertukar menjadi insiden memalukan..

Lelaki terbabit dipercayai mahu meloloskan dirinya melalui tingkap tidak berkunci di sebuah rumah di kawasan Tomlins Grove, di Bow, kira-kira jam 2 pagi.

Bagaimanapun ruang seluas 20 sentimeter kali 20 sentimeter itu tidak cukup untuk membolehkannya masuk. 

Keadaan itu menyebabkan lelaki terbabit tersangkut di pinggangnya dan dia terpaksa menahan kesakitan hampir enam jam sebelum dilihat pemilik rumah berkenaan yang turun untuk bersarapan.

Polis, ambulans dan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan penganggur terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.

Dia kemudian ditarik keluar dari lubang sempit itu oleh 10 anggota bomba yang datang bersama dua jentera.

Mereka turut menggunakan tangga bagi menyokong kaki pencuri terbabit yang tergantung di tingkap sementara bingkai besi di situ dipotong dengan gergaji.

Keadaan aneh tetapi melucukan itu turut menarik perhatian seluruh kejiranan Tomlins Grove.

Seorang penduduk berkata, selepas mendapat tahu keadaan sebenar, dia ketawa terbahak-bahak melihat keadaan pencuri terbabit.

"Tentu lelaki itu kini sedar betapa bodohnya dia.

"Ramai daripada jiran mahu dia dibiarkan saja di situ," katanya.

Menurut lelaki itu, ada seorang doktor bedah yang menawarkan kepakarannya ‘mengeluarkan pencuri terbabit tanpa merosakkan tingkap rumah’ berkenaan.

"Bagaimanapun, polis dan bomba menolak secara baik dan mahu kes itu dikendalikan pihak berkuasa tanpa mencederakan sesiapa," katanya.

Selepas 30 minit barulah pencuri terbabit berjaya dikeluarkan dari tingkap berkenaan, tetapi dalam keadaan tidak berbaju.

Dia kemudian digari dan dibawa ke sebuah ambulans untuk pemeriksaan.

Selepas didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius, lelaki yang digambarkan sebagai ‘putih dan kurus’ itu dibawa menaiki van polis.

Jurucakap polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.30 pagi dan pengadu menyatakan ada seorang lelaki terperangkap di tingkap.

"Pengadu berkata, separuh badan lelaki itu berada di luar dan separuh lagi dalam rumah," katanya.

Jurucakap itu berkata, suspek dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan selepas bingkai tingkap berkenaan dialihkan.

Scotland Yard pula berkata, seorang penganggur, Paul Joseph Keenan, 36, dari Jalan Rounton, Bow, didakwa di mahkamah kerana mencuri. Dia akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Thames, hari ini. - Agensi


Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz0x8IfJMYj

17 August 2010

MUIZ - 18 Bulan


Semoga semua amaln di terima dan di redhai ALLAH..insyallah..
dan juga anak bujang ibu genap 18 bulan ari nie...
Alhamdulillah..semuanya dlm keadaan baik..
berat pon hampir 11 kg..padanlah lenguh semacam bila ibu dukung..

Ibu bercuti ari nie..
bwk anak bujang gi check-up..
dan MUIZ kena sejarum ari nie..cucuk tuk umur 18 bulan..
dan yg paling best...
ibu sengaja biar babah yg buat..ibu pantau dr jauh..ahaks..
dr timbang sehingga MUIZ kena cucuk..babah yg buat..
sesekali..apa salahnya kan babah...

MUIZ meragam cikit ari nie..mungkin sakit kesan kena cucuk kut..
tak pon meragam..kena ujan td..
td gi bazar kat stadium shah alam..
tetiba pulak ujan..kelam kabut kami lari..
tetiba tingat psl ribut kat bazar stadium jasin ari tu..
nauzubillah..

kesan lama tak update blog la nie..
semua ibu nak cite..all in one..hehehe..
OK la..jumpa di lain siaran..
selamat berbuka dan selamat bersahur..

07 August 2010

Pizza 'de Fieza's..


Salam semua..
Nak cite pasal masak pulak..
ari tu gi pasar malam ternampak ada org jual doh pizza..
murah lak tu..sekeping RM 2.50..
memandangkan anak bujang minat mkn western..
cuba beli sekeping dulu..klu sedap..boleh beli lagi..

so..balik umah tinggal letak topping jer..
main tabur2..letak apa yg suka..
tabur cheese..dan bakar..
hasilnya..tidak mengecewakan..
best bangat..doh pizza tu lembut jer..tak keras..
nnt2 boleh beli lagi..


sebelum di bakar..

selepas di bakar..

Bahan-bahan untuk Sos Pizza

3 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar di potong dadu
2 biji bawang putih di potong dadu
Sedikit ayam cincang ( ikut suka nak letak bayak mana )
3 sudu besar tomato puree
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
½ sudu kecil serbuk cili
½ susu kecil pepper
1 sudu kecil oregano
Secubit garam & gula

Panas minyak..tumis bawang sehingga layu
Masuk ayam sampai ½ masak..
Masuk tomato puree, sos cili, sos tomato,
Masuk serbuk cili, pepper, garam dan gula secukup rasa dan oregano
Masak hingga pekat

Untuk Topping

Sosej ayam
Hirisan isi ketam
Cili benggala hijau dan merah,
Hirisan tomato,
Sedikit mayonis
Hirisan Cendawan Butang
Keju mozarella
* letak jer apa yg korang suka..

Letakkan sos pizza..
Tabur bahan untuk topping
Letak mayonis, pastu keju Mozarella
Bakar kat oven dalam suhu 180 degree
Dalam masa 15-20 minit..


Hari Stroke 2010..


tgh sebuk uruskan pendaftaran peserta2..dan sebelum tukar uniform..

see..dah tukar uniform...

MUIZ lepas mandi..

nie sebelum mandi..tgh tido ibu terus angkat MUIZ..cian dia..

masa acara pakain beragam..tema "Flora"..


antara AJK yg bersama2 menjayakan hari Stroke 2010
" Together We Move"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails